Thursday, December 16, 2010

Konvensyen Pemimpin UiTM Kali Pertama...Sukses? atau...Ep 1

0 comments

Konvensyen yang ku ikuti ini seratus peratus tepat untuk menyokong andaianku: kontroversi mengenainya akan timbul...tapi sebelum itu, ku tidak ingin bercerita mengenai kontroversi itu, rasanya link ini akan membantu anda Harakah Daily kerana hal ini sudah pasti dalam tempoh siasatan.. ia diadakan di UiTM Shah Alam,seksyen 2.. seramai lebih kurang 500 orang hadir dalam konvensyen julung-julung kalinya diadakan..dikumpulkan seramai mungkin Pemimpin UiTM di setiap pelusuk negeri dengan berbagai jenis organisasi yang dikelolai oleh barisan MPP Shah Alam itu sendiri sebagai barisan teratas diikuti MPP(Majlis Perwakilan Pelajar setiap kampus JPK (Jawatankuasa Perwakilan Kolej),SMF, Presiden-Presiden Kelab dan yang sukarela untuk menyertai.

Mengenali Pemimpin-pemimpin lain dari Kampus lain memberi saya semangat yang kuat untuk bergelar pemimpin.

Betul.

Saya tidak kuat lagi, saya rasa penat..
tapi seperti kata Prof. Emeritus Khoo Kay Kim, "if your friend gives excuses, then shoot him, because it show how lazy your mind is"
Alasan dicipta untuk menidakkan sesuatu perkara...jadi ku tak ingin mencipta alasan, tapi mencipta penyelesaian, tapi "jika kamu tidak mampu, maka berterus terang agar kamu tidak berada dalam dilemma kepimpinan".

Saya juga suka kata-kata dari Timb. Presiden Perkasa, NGO yang betul-betul memperjuangkan nasib peribumi; Prof Madya Dr Asyraf Wajdi Dusuki, walaupun tajuk yang diberi kepada beliau ialah " hak-hak Melayu dan Bumiputera" namun dia tidak fokus kearah itu, tetapi lebih bercerita kepada konsep ADIL dalam semua perkara. dia membuka mata saya, Slot beliau adalah yang terbaik dalam konvensyen ini...antara penyuntik semangat saya dalam kata-kata beliau adalah "Universiti bukanlah kilang-kilang yang menghasilkan ROBOT BERNYAWA''

Benar kita datang kesini dengan tanggungjawab hakiki iaitu belajar, namun kita tidak boleh lepaskan peluang untuk merasa bagaimana merancang dan membuat keputusan; Antara kemahiran yang perlu diambil yakni bukan bersifat akademik tetapi lebih menjurus kepada soft skill yang perlu dalam dunia pekerjaan.

Cont.

(penulis kini sedang mengalami demam panas, batuk, selesma dan ulser), Ya Allah apa ini ujian MU? permudahkanlah ujian ku di hari-hari yang mendatang dan moga ku sentiasa berada dalam kalangan orang-orang yang mampu menyuntik semangatku untuk menjadi lebih baik.


Sunday, December 5, 2010

Tiada lagi sempadan...

1 comments

Tiada yang menyangka bahawa teknologi itu benar-benar membantu untuk merapatkan jarak antara aku dan mereka....

haha....seronok mendengar celoteh mereka~

Si baby girl (bygirl) malu nak bagitau yang giginya dah patah lagi..kini dua gigi depan dah patah...haha

Surat buat adikku...

0 comments
Jika ini hari terakhirku...
Ku ingin adik-adikku tahu...
abang sayangkan kamu...
abang cintakan kamu...

buat adikku...
tidak pernah terlintas dalam fikiranku untuk menyimpan perasaan benci...
mahupun dendam....

takut melihat kamu bertelingkah...
Usiamu bukanlah pengukur kepada cara kamu bertindak...
tapi akal la pengukur segalanya...

Jika kamu melihat abang selalu berdebat denganmu akan satu perkara...
bukan bermakna abang tidak setuju apa yang kau cuba katakan...
tapi abang takut kamu memilih jalan dan ajaran yang salah...
abang tahu kamulah pencorak hidup kamu..
kamu yang menentukan jalan itu...
tapi jangan pernah sekali kamu malu untuk bertanya..
Apa jalan yang kamu pilih itu betul atau tidak...
akan ku jawab sebaiknya...
lepaskan egomu...

Benar.

Abang pernah berputus asa terhadap kamu...
kamu lakukan perkara yang menjauhkan abang dari kamu...
tapi bila difikirkan, kita adalah satu keluarga...
Ingat pesan abang...
biar kawanmu tempat kau curahkan segala isi hatimu...
kawanmu adalah yang paling rapat...
namun jarang sekali mereka ada jika kamu susah...

akhirnya kamu juga akan kembali kepada yang menerima kamu...
keluarga kamu...

Setiap dari kamu...
pernah abang dodoikan...
pernah abang tukarkan lampin..
pernah abang buatkan susu...
saat kamu menangis...
Abanglah ibu, Abanglah bapa...
saat Ibu dan Bapa bertungkus lumus mencari rezeki...
memujuk kamu bukan senang...
itulah yang membuatkan abang sangat sayangkan kamu...

Ingat janji kita...
kita nak rumah besar...
siap ada helikopter...
kita ingin Ibu dan Bapa kita dijaga sebaiknya, sehingga 10 pembantu rumah....haha
walaupun itu adalah impian..

tapi

jangan cemburu...
kasih sayang Ibu dan Bapa itu...
setiap anaknya punya cara yang berbeza bagaimana kasih sayang itu dicurahkan...
Jangan sakiti dirimu dengan tanggapan yang sebegitu...kurang perhatian?
bukan itu yang engkau patut fikirkan...

mungkin ada tindak tandukmu yang kurang menyenangkan sehingga kau dimarah~
perbetulkanlah... tiada orang lain yang boleh selain kamu sendiri...
jika masih dimarah, bermakna kamu masih lagi belum bertindak untuk betulkan...

pernah dengar bahawa Marahnya Ibu dan Bapa itu tandanya mereka sayang...
ertinya mereka risau akan kamu... bukannya menurunkan harga dirimu...
bayangkan jika kamu tidak dimarah, bukannkah itu bermakna kamu tidak dipedulikan...

Kongkongan? bukan kongkongan tetapi proses pembentukan diri.... jangan terkejut bahawa ia akan membantu mu di masa depan..kongkongan yang kamu katakan itu~

Bebas?

ingat bebasnya kamu tanpa iringan Agama boleh menjurumuskan kamu ke dalam perangkap si tipu daya...

Abang sentiasa dibelakang kamu...
rasa ingin menangis jika melihat kamu...
terbuai dengan dunia kebendaan...
lebih daripada keluarga sendiri...

Jangan kamu bertengkar sesama sendiri...
tiada gunanya...
jika dia salah, tegur dia...
yang ditegur, dengar dahulu...kemudian perhalusi dan jelaskan jika ia benar...
maafkanlah...

maafkanlah dia...

kamu kini meningkat remaja...
cepat masa berlalu... kamu sepertinya punya agenda masa depan masing-masing...
jika benar kamu ingin terokai dunia...
terokai la kehidupan itu... agar kau tahu realiti hidup...

Abang doakan yang terbaik...
jika benar kamu memilih memegang tukul dari memegang pena...
siapa yang ingin membantah..
asal kamu bahagia dengan kehidupan kamu...

Abang tidak mahu lihat keluarga ini berpecah belah...
saling bermusuhan...
saling menuduh...
saling berdendam...

Ingat saat-saat bahagia kita...
lihatlah gambar kita...
lihatlah gambar keluarga kita...
Ingatlah Allah...
Ingatlah Ibu...
Ingatlah Bapa...

Tidak sabar rasanya...
melihat kamu berjaya...

Kita

Berjaya...

sampai jumpa lagi adik-adikku...
dalam surat seterusnya...


Salam sayang,
Abangmu..



Jasad ku disini, dimana rohku?

1 comments
Aku berdua hati...
fikiran ku bercelaru...
terus terang ku katakan...
aku tidak tahu apa yang sedang kujalani...
umpama daun yang terjatuh ke dalam sungai...
mengikut arus...
tanpa arah yang pasti...
seperti ada yang belum beres...
Rohku memujuk untuk pergi...

Tapi...

Jasadku berkeras untuk tetap disini, seperti ada rantai yang kuat menghalangnya...
aku keliru...

apa aku sedang menutup perkara yang orang lain buat? apakah cuma aku yang berfikir sedemikian? kenapa aku rasa seperti sendiri dalam hal ini? Kenapa semangat itu mereka tidak dapat rasakan...

mengapa perlu berputus asa di akhir garisan? kita sudah hampir ke penamatnya...aku jamin kamu sesuatu, akan kau dapatkan mutiara hikmat itu... yang mana setiap orang punya mutiara masing-masing yang berlainan bentuk dan rupanya...

tulen atau palsu...

itu orang lain yang akan menilai...

macam permata...
dapatkah kita bezakan ianya kaca atau permata?

sekali lagi jasadku terus disini...bersama semangatku yang membara..ia temankan jasadku~

Rohku?

dia mencari kebebasan... tidak jasad itu ketahui bahawa pemergian roh itu untuk mencari kunci yang akan membebaskan jasad yang seperti tawanan...roh selalu menangis, kerana jasad temannya...

Ku cari hati, kerana ia mampu pengaruh akal.... akal kini lumpuh, koma seketika... hati pula teriak kebingungan!

Hati takut...

Hati melihat dirinya...ada kembar yang berbeza personalitinya...keduanya sama kuat untuk keinginan yang berbeza...

bagaimana roh ingin mencari kunci damai abadi? kuncinya sukar dicari...

rohku terus mencari...

Istiqamah...suara halus itu terus bermain..

Istiqamah...

Ajaklah Hati untuk beristiqamah...
Ajaklah Lisan untuk Istiqamah...
Ajaklah Perbuatan untuk Istiqamah...

Istiqamah hati: sentiasa teguh dalam mempertahankan kesucian iman dengan cara menjaga kesucian hati daripada sifat syirik, menjauhi sifat-sifat cela seperti riak dan menyuburkan hati dengan sifat terpuji terutamanya ikhlas. Dengan kata-kata lain Istiqamah hati bermaksud mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap kebenaran.

Istiqamah lisan: memelihara lisan atau tutur kata daripada kata-kata supaya sentiasa berkata benar dan jujur, setepat kata hati yang berpegang pada prinsip kebenaran dan jujur, tidak berpura-pura, tidak bermuka-muka dan tidak berdolak dalik. Istiqamah lisan terdapat pada orang yang beriman, berani menyatakan dan mempertahankan kebenaran dan hanya takut kepada Allah Taala.

Istiqamah perbuatan: Tekun berkerja atau melakukan amalan atau melakukan apa saja usaha untuk mencapai kejayaan yang di redhai Allah. Dengan kata-kata lain istikamah perbuatan merupakan sikap dedikasi dalam melakukan sesuatu pekerjaan, perus
ahaan atau perjuangan menegakkan kebenaran, tanpa rasa kecewa, lemah semangat atau putus asa. Sikap ini menjadi begitu rupa kerana dorongan hati yang istiqamah.
-sumber definisi dari (Tazkirah umum)

Saturday, December 4, 2010

Hello....Ayah~

0 comments
Gambar: anak buah si dia; Alya Adriana ketika berusia 10 bulan

Lucu, mungkin si dia marah jika ku masukkan cerita ini tapi bagiku... aku suka moment itu.... sedang aku memikirkan untuk menyambung cerita kisah benar tentang "Orang Ketiga", aku terima panggilan darinya... jarang sekali dia menelefon... sebab selalunya aku yang menelefon, dan bunyi tit tit tit....telefon itu ditekan-tekan... kenapa pula dia permainkan aku~

"Assalammualaikum..." ku cuba mulakan perbualan...
"heyyo...."
suara anak kecil kedengaran....
si dia terus mengambil telefon itu..."sorry, anak buah tekan tadi..tu la call masuk"
"owh...ya ka, tu la lucu juga, bab selalunya dear telefon"
anak buah nya menangis...terpaksa dia berikan telefon itu semula.."nah, cakap hello"
perkataan itu keluar dari mulutnya..."heyyo..."
ku sahut " hello" nada comel la...
dia sambut..."Ayah?"....

ku terdiam seribu bahasa... perasaanku bercampur baur...
kemudian ku dengar lagi butang telefon itu ditekan...tit tit tit..
fikiranku owh dia bermain dengan telefon itu..
kemudian disambung lagi...
"Ayah?"....

Dia kemudian berada di talian semula..
"hahaha..." ketawanya panjang...
"dia panggil dear, Ayah...."
"ok lah, dia nangis dah nie, nak telefon nie...letak dulu k"
"okay"...balasku
Assalamualaikum..
Waalaikumsalam...

nampak sangat ku perasan, tapi itulah kali pertama ku terkesan dengan gelaran itu; membuatkan aku berfikir akan hidupku, adakah aku akan sempat untuk mendapat gelaran itu? adakah Tuhan akan panjangkan umurku ,untuk ku menjadi seorang AYAH...adakah si dia jodohku yang Tuhan berikan padaku? mungkin agak keterlaluan untukku berfikir seawal ini...
tetapi...





Engkaulah Ratu Hatiku...

0 comments

Tiada yang dapat ku gambarkan, buat insan yang membuat aku melihat dunia ini....ketika aku dibelai, kasih sayangmu terindah..kau tersenyum bila melihat diri ini...

Betapa besar pengorbanannya...
Tabahnya dia...
Sabarnya dia...

Ya Allah, panjangkan umurnya...
murahkan rezekinya...
hindarkan daripada anak-anaknya menyakiti dirinya....
Permudahkanlah urusannya....

Hanyalah kasihmu yang aku perlu...
tiada dua untukku bandingkan darimu...
kasih sayangmu tak berbelah bagi...

benar..aku tidak tahu bagaimana untuk ku susun ayat untuk ku bercerita mengenai ibuku, yang biasa ku panggil "mummy", walaupun sudah lama mummy nak kami tukar panggilan itu kepada "ummi". Ibuku bekerja sebagai seorang Ketua Jururawat. Sungguhpun bekerja, tanggungjawab sebagai seorang Ibu tidak pernah terabai...Ibu tak pernah bercerita mengenai apa yang dia rasa, namun dapat kulihat, aku ingin adik-adikku memahami apa yang tersirat di dalam hatinya...ada berapa ketika dia mengadu mengenai pekerjaannya, dia tidak begitu senang... sibuk sangat katanya~ aku faham ia tidak seperti hospital Kunak tempat dia bertugas...General Hospital(Hosp. Likas) sudah tentu lebih sibuk.... Ditambah lagi dengan adik-adikku yang kini meningkat remaja...agak sukar untuk mengendalikan mereka yang punya rasa ingin memberontak, perkataan "kongkong" itu selalu ku dengar...namun buat adikku, kamu akan berterima kasih suatu hari nanti mengapa kamu dikawal sebegitu rupa...

Ibu sudah seperti putus asa untuk mereka, namun naluri seorang Ibu itu tidak pernah lari, orang kata "cakap-cakap" saja tapi tidak juga benar. Mana mungkin seorang Ibu tidak menyayangi anaknya. Ibu selalu mengadu, "Dorang ni masih lagi mahu dicakap, tak pandai lansung mendengar", "semua pun saya yang kena buat, dah la orang penat pulang bekerja"...itu luahan yang biasa ku dengar jika ku pulang ke rumah... Dapat ku buktikan, biarpun luahan itu balik-balik keluar...Ibu tak pernah mengeluh, semua kerja rumah dibuat dengan teliti...

Adik yang seorang banyak alasan jika disuruh, kadang-kadang meninggi suara...aku faham, dia kini sedang mencari identitinya..namun begitu perangainya; aku tahu dia baik orangnya, dia mahukan perhatian, tidak pernah juga dia membantah cakapku, oleh itu setiap permintaan dari anaknya itu tidak pernah dia tidak cuba untuk penuhi kerana dia juga kenal sikap anaknya...

Adik yang seorang lagi...terasa takutnya kongkongan~ buat apa yang dia rasa betul, Internet tempat dia bersembang dengan orang yang kadang-kadang ku takut, takut dia terus lena dibuai mimpi dan lupa realitinya sungguh berbeza...ku amati dari sudut Ibuku, memang benar Ibu seperti "melonggarkan" sesuatu, tapi itu tidak bermakna dia tidak ambil berat...yang pasti Ibu mahukan yang terbaik darimu....

Jika dilihat, aku juga trauma jika memiliki anak-anak yang tidak mahu cuba memahami... memahami betapa peritnya bergelar seorang IBU...Ibu terus dengan tanggungjawabnya yang berbeza; seorang atasan dan juga seorang Ibu...terus melalui hari-hari yang mendatang, leteran itu tempat dia melepaskan tekanannya...aku faham~

Esok ulangtahun Ibu yang ke-46... Hadiah? tidak pernah ku beri...Kek Coklat Lembap yang kubuatkan selalu sahaja penyeri ulangtahunnya...

Teringat akan impiannya...selalu dia ceritakan kepadaku sejak ku dibangku sekolah..."mummy nak sangat ke New Zealand..." InsyaAllah...aku cuba penuhi untuknya...oleh itu ku mohon kepadamu Ya Allah...Panjangkan Usianya..agar dia dapat merasa tuaian itu; anak-anaknya...
menjadi anak yang soleh adalah keutamaan...namun ada satu lagi tempat yang ingin Ibuku pijak suatu hari nanti...

Makkah....

Ibu, sungguh anakmu tidak terdaya buat masa ini... masih lagi bergantung harap kepadamu...
masih lagi memerlukanmu, masih lagi tidak mampu untuk berdiri sendiri....

Tapi bila ku sudah mampu, akan ku balas biarpun itu tidak mampu menggantikan setitik air susu mu...teringat aku seorang Ustaz pernah bercerita, "tingginya darjat ibu itu, kamu tidak mungkin akan dapat menggantikan setitik susu Ibu kamu walaupun kamu mengendongnya tawaf di Makkah..."[lebih kurang begitulah]





Buaya!

0 comments



Kisah ini lucu, terpanggil untukku nukilkan dalam blogku pabila cerita ini ku kongsi bersama dengan En. Kaff dan Abang Zul

Ceritanya begini...
Aku telefon ke rumah..kerana ku terima SMS dari mummy.."mummy pasang beyond dah kat rumah", adik bongsu ku mengangkat call..
belum sempat ku memebri salam..adikku sudah terus bertubi-tubi dengan celotehnya.."Abang pulanglah rumah, mummy pasang Astro
Beyond bang, terang nie..cantik TV kita, Tom and Jerry pun nampak lain nie~" haha, aku ketawa tak sudah-sudah...

Hari minggu ku pulang, kebetulan ku rasa masa ku begitu lapang hingga kurasakan aku mahu pulang...mummy dah sediakan makan
malam, kami makan bersama... selepas itu, kami menuju ke ruang tamu..haha, kali pertama ku melihat beyond tue...
aku hairan, "kenapa tak pun nampak, apa jua kelainannya?" selamba ku menanya...

mummy menjawab.."owh, memang la.. dia mesti ada tulis situ HD, baru lah nampak..." lalu ibuku alihkan siaran ke saluran yang
tertera spesifikasi HD...National Geo wild, tergamam ku lihat penguin itu seakan-akan terkeluar dari TV, "A'ah..betul la"
tanda ku terkesima...

beberapa minit kemudian, dari cerita penguin kepada cerita buaya..syiuk kami melihat kambing-kambing
(rasanya la sebab macam kambing kan) melintas sungai yang dipenuhi buaya... aku mengetahui bahawa mesti ada scene kambing tue
diterkam oleh buaya dan ternyata betul namun hilang semangatku bila mummy teriak.."Argh!!!!!, ku fikirkan buaya itu mau keluar.."

Aku terdiam...mahu saja ku ketawa masa tue...beyond owh beyond~


Friday, December 3, 2010

Orang Ketiga?

0 comments

Keluarga itu terus bahagia, sudah 32 tahun pernikahan ini terjalin...kemudian dianugerahi cahaya mata penyeri rumah tangga....tapi tidak pernah terlintas di dalam kotak fikiran bahawa ada orang ketiga di dalam rumah tangga itu... siapa dia? tidakkah dia mengetahui bahawa lelaki itu sudah punya isteri? mengapa si suami merahsiakannya?

Apa papa tidak pernah terfikir, anak-anaknya kini sudah matang dan mampu untuk menilai tindak tanduk itu...Sekali pernah tertangkap oleh aku... panggilan masuk, ring ring.. tertera nama perempuan itu, "Minah cun"...ini bukan kali pertama, papa teriak "ambil telefon itu!", aku cuba merahsiakannya dari mama...ku beri kepadanya, bingkas ku lari ke bilik...aku menangis, bantal menutup jeritan tangisan ku...aku terluka, perlukah ku beritahu mama?

takutnya aku jika kuberitahu mama, keluargaku akan berpisah... aku sayang papa, aku juga sayang mama, aku terus diam dan cuba melupakan apa yang terjadi setiap kali ku bertembung dengan situasi itu. Pernah ku terfikir untuk mencari siapa perempuan itu, tidak pernah terlintas untuk ku memarahi papa, mengapa dia kacau keluargaku?

Semakin terhimpit perasaan bila ku lihat perhubungan mama dan papa dingin, dingin dan sepi~ Usiaku baru menjangkau 15 tahun. Tidak ku terfikir aku menyimpan rahsia sebesar ini... apa yang ku fikir, aku mahu keluarga ini bahagia...

Papa merupakan tempat ku mengadu, tetapi aku benci bila ku teringat perempuan itu... Satu petang, aku duduk dengan Papa..kali ini kami bercerita mengenai telefon... dia minta ku tukar setting telefon itu, ku cuba tukarkan ke bahasa Inggeris kerana Papa menggunakan bahasa melayu yang aku tidak berapa faham...

kemudian telefon berdering...panggilan masuk, nama perempuan itu muncul di skrin telefon..papa tidak angkat, sebaliknya dia cuma membalas menggunakan SMS...raut wajahku bertukar~ kemudian ku bertanya.."papa dah SMS, nak saya tolong tukar tak? sebab tadi tak sempat kan, ada call masuk..." aku cuba bertahan dengan kepura-puraan itu. Papa membalas "erm, takpalah... panggil abang, dia tahu, mungkin kamu tak tahu tukar nie..."

aku berlari ke bilik...tanpa sedar air mataku mengalir...ku kunci pintu, ku tulis dalam diariku.."Perlukah ku bertanya Papa, siapa perempuan itu?"

Thursday, December 2, 2010

Aku dan Disember...

0 comments

Aku dan Disember...

Hati kecil ku bertanya kepada bulan bulan itu " Apa yang ku lalui sepanjang tahun ini?":


Januari berkata " sepanjang dia hidup di dalam hariku, dia mengetahui bahawa perjalanan nya sudah semakin jauh"

Februari menambah " di dalam hariku, dia terus hidup dalam dirinya sendiri, konflik terus terjadi..namun dia terus tabah menjalani"

Mac pula menyusul " didalam hariku, dia mulai mengenali apa itu ragam hidup, banyak dipelajari nya... mulai menyusun langkah, agar berhadapan dengan angin yang bermacam jenisnya... takut- takut terbuang ditiup badai yang tidak dijangka...

April tiba " dirinya umpama disirami nur kasih bila menemui orang yang membahagiakannya...insan yang merubah hidupnya, melengkapi dirinya, merasa dunia ini dia yang punya"

Mei datang dengan penuh kesuraman tatkala dia mengetahui dirinya sudah tidak cukup masa untuk Pencipta-NYA, kerana dalam hariku merupakan peringatan akan kelahirannya...namun dia gembira kerana sudah semakin dekat pada-NYA...

Jun bersuara bahawa dirinya dibelenggu dengan orang-orang yang membahagiakannya...mencintai saat-saat itu bersama mereka..

Julai menangis kerana dia tahu bahawa didalam hariku dia hilang arah, dia hilang pertimbangan, dia hilang bila orang yang disayanginya sudah tiada... namun kamu, sihati kecil memujuk bahawa DIA sudah mengambilnya kerana sayangnya DIA...

Ogos mulai menampakkan dirinya mulai berubah...berubah dalam setiap sudut... betapa sukar akan menerima kehilangan... namun dia cuba sembunyikan ia di balik topeng yang cermin sediakan, sudah dia persiapkan untuknya... topeng-topeng itu menakutkan~ dia tidak tahu jika topeng itu menutup dirinya atau merubahnya...

September memperlihatkan yang dia sudah mulai cuba menghancurkan topeng-topeng itu kerana dia tidak perlukannya...dia ada kamu, kamu merubah dia... dan dia gembira cermin tidak ada lagi...

Oktober menjadikan dia seorang pemerhati, pemerhati akan siapa sebenarnya orang di sekelilingnya...aku tahu ada yang punya topeng itu... cermin mereka sepertinya masih lagi menemani...setiap orang topengnya itu berbeza-beza, bila dia melihat si dia dengan si polan, topeng nya hitam, bila dengan si pulan cermin tukarkan topeng itu, topengnya menjadi merah..

November mengajar ku bahawa ada orang yang akan berputus asa, nawaitu nya mulai berubah, sifat pentingkan diri mulai menguasai benak fikirannya... ku cium bau cemburu, ku cium bau pengkhianatan... takut dengan bau itu, ku beralih kepada haruman, haruman Sabar, sungguh sukar untuk ku cari namun ku temui sedikit untuk bekalku agar tidak mengeluarkan bau yang sama...

namun aku dan Disember...
yang pasti ia belum ternukil... aku mahu didalam hari-harinya..
aku bahagia, aku kuat, aku tabah, aku sabar...
mengisi ia dengan lebih berhati-hati kerana ia mungkin Disember yang terakhir...