Saturday, August 7, 2010

OPKIM : Nabawan kita bertemu lagi~#1

0 comments

*klik gambar diatas untuk melihat full size k...sorry tak pandai adjust size,dah letak small tapi tak mau small2 plak dia..
Keluarga En.Yiwot atau panggilan mesra ku bapa, menyambut kedua orang asing ini masuk ke rumahnya...dilayan seperti anaknya sendiri...itulah dia, bekerja sebagai seorang Imam JuruNikah, isterinya surirumah, anaknya ada yang menjadi Ustazah, Pegawai JHEAINS..dan tidak kurang yang masih bersekolah....berlatarkan keluarga yang berteraskan agama..mereka hidup aman dan damai, Bagaiman kukenali? Terima Kasih kepada Ghazali dalam hal ini....kerana sanggup menerima daku dalam program OPKIM UiTM kali ini...bukan atas dasar ku ingin mencari nama mahupun perhatian,tetapi sekadar mencari pengalaman yang selama ini ku idam-idamkan dari dulu lagi,tidak ingin ku habiskan zaman-zaman remaja ku dengan menyesali semua impian yang ingin ku lakukan, Program kemasyarakatan merupakan benda pertama yang ku tanpa segan silu untuk menawarkan diri....apa khabar mereka disana? rindu terasa dihati ini,tuhau mama masih ada lagi,teringat akan mama sanggup menumbuk tuhau itu pada pagi hari sebelum kami bertolak semula ke KK....tuhau itu ku beli di tamu,tujuanku adalah "membalas" tuhau yang ku jamah dirumah mereka,tetapi rupanya diberi sebagai bekal ku....Walaupun tidak punya banyak masa yang diluangkan bersama mereka tatkala tentatif program perlu diikuti, ku amat berterima kasih kepada mereka..nanti ku cerita lagi...hehe~

Program kali ini merupakan usahasama UiTM dengan Rakan Muda Wawasan Desa IPT....Kampung yang menjadi sasaran ialah Kampung Murni....pertama sampai memang sangat excited berabis...dah sampai tue disambut lagi, disitu la kami berdebar-debar sangat...menanti keluarga Angkat yang sudah mulai memenuhi tempat duduk di sebelah...haha,lucu pabila teman-teman sudah mulai menggambarkan keluarga masing-masing....ada nak ada adik angkat cantiklah....dan bermacam-macam lagi...mengetahui akan nama keluarga angkat itu dibelakang tag nama sudah agak berdebar-debar, ku dipasangkan dengan Irwan...ku sebenarnya tidak mengetahui siapa Irwan pada masa itu...agak kaget kerna mungkin aku tidak selesa bila bersama orang yang tidak ku kenali,akhirnya ku nampak siapa orangnya,rupanya wajahnya ku familiar....cuma tidak pernah bertegur sapa semasa di UiTM...

Pendekkan cerita, Ku sangat meminati 3 program sepanjang kami disana,#1Kampungku Syurgaku kalau tidak silap,#2 Program Motivasi Pelajar dan #3 ialah Malam Ria...
#1 Kampungku Syurgaku...
Program dimana kami pergi ke rumah mereka yang tidak berkemampuan....rumah dimana saya,xing xing, aan, syasrieq dan bibi ditugaskan untuk menyalurkan Bantuan Makanan dan menolong untuk memberikan perkhidmatan gotong-royong membersihkan rumah mereka..Pacik Oho ataupun nama sebenar beliau En.Alipin Sangau, merupakan seorang tua yang tinggal bersama isteri dan 3 orang anaknya(bilangan anak tidak dapat kami pastikan disebabkan komunikasi dua hala yang tidak berjaya). Rumahnya tidak jauh dari lokasi Pusat pada hari itu, mendiami Rumah PPRT yang dibina oleh kerajaan pada tahun lalu sekitar Jun 2009,kini masih lagi dalam serba kedaifan tatkala bekalan elektrik yang tidak sampai di rumah beliau,Bersyukur kami kerana saudara beliau iaitu Pacik Angkaran banyak membantu kami mencungkil serba sedikit informasi tentang keluarga itu kerana semasa kami sampai dirumah itu,kami tahu bahwa untuk bercakap dengan mereka seperti tiada gunanya...kerana Keluarga itu seperti tidak tahu untuk berkomunikasi dengan lancar serta tidak mengetahui berbahasa Melayu....thanks to bibi yang menggunakan bahasa dusunnya kerana ada juga yang "ter-tune in" bahasa itu dengan bahasa Murut....Mereka tidak bekerja,cuma bergantung kepada Pacik Angkaran untuk menyara kehidupan keluarga ini..bekalan air juga turut disalurkan melalui rumah beliau ke rumah pacik Oho...Pada mulanya kami difikir merupakan YB yang turun padang,sehinggakan pacik Angkaran tidak berhenti menerangkan apa yang diperlukan oleh keluarga Pacik Oho...Terkilan rasanya apabila mereka mengatakan,kali terakhir mereka dilawat adalah semasa penyerahan rumah tersebut....dan bagaimana dengan isu Bekalan elektrik dan air? tertanya-tanya diriku,dimana orang yang meninggalkan kerja separuh jalan itu...dengan Wang kebajikan sebanyak rm 150 sebulan tidak mampu menampung 5 beranak ini....malahan anak-anaknya yang kukira sebaya dengan kami tidak mampu berbuat apa-apa..cuma berada di rumah sambil bermain-main dengan ayam...buta huruf juga merumitkan lagi kehidupan mereka....tatkala pendidikan sepertinya terkebelakang,anak yang bongsu dipelihara oleh seorang yang bergelar Datin di kampung tersebut dan kini anak yang bongsu itu sedang mengikuti pendidikan taraf pra-sekolah...kami sempat membersihkan rumah dam memasak! haha...tak sangka xing xing pandai memasak,so kami makan tengahari bersama keluarga tersebut...best gak bab dapat makan nasi bukit...sedap nya...nie adalah foto kami bersama keluarga Pacik Oho..semoga pihak berwajib akan ambil tahu akan keberadaan mereka ini,anak-anak mereka perlu diberi kursus kemahiran agar dapt membantu serba sedikit keluarga mereka sendiri...
*klik untuk besarkan..
well sampai disini sahaja..#2 dan #3...kena tunggu dulu k...