Tuesday, July 20, 2010

UiTM SABAH, kampus tanpa sampah...

0 comments


Ku ingin sejukkan post ku setelah ia menjadi panas, sepanas pisang goreng macik maimun@memo beberapa hari yang lalu....Dengan rasminya kes pelajar yang agak kontroversial itu kini menampakkan ia bakal reda setelah pihak atasan dan juga pengurusan mengawal isu tersebut...saya juga cuba sejukkan dengan isu yang lebih membanggakan UiTM, mungkin ia patutnya telah menjadi entryku yang ter-awal kerana ia telah dirasmikan beberapa minggu yang lalu...kini ku akan bercakap mengenai sijil yang terpampang di atas...

SIJIL PENGIKTIRAFAN UiTM SABAH SEBAGAI KAMPUS PERTAMA YANG MENJADI UNIVERSITI TANPA SAMPAH bukan bermaksud bahawa UiTM sabah tanpa ada sampah didalamnya..itu agak tidak munasabah, apa yang ingin ku katakan ialah "TANPA SAMPAH" bermaksud tidak ada sampah yang dibuang di merata tempat melainkan di mana ia patut berada iaitu di tong sampah.

8 Julai menjadi tarikh keramat buat UiTM sabah dimana Mayor Kota Kinabalu sendiri datang untuk merasmikan Pengiktirafan tersebut dan ia bukan sahaja sekadar Universiti tanpa sampah malahan Mayor merasmikan "Pembinaan Tanpa Sampah", oleh kerana projek RMK9 yang masih lagi dalam pembangunan disekitar Kampus, mereka turut sama terlibat secara langsung didalam kempen tersebut.

Apakah tanggungjawab kita sebagai PELAJAR dalam merealisasikan kempen ini?

DUA langkah yang telah disyorkan dimana:
Pertama, pelajar tidak akan membuang sampah di merata tempat iaitu didalam kampus DAN DI LUAR KAMPUS ATAU DIMANA SAHAJA ANDA BERADA. Ini adalah penting untuk pelajar memahami bahawa kita perlu mengamalkannya dimana sahaja kita berada, bukan sahaja UiTM bakal menempah nama apabila orang bercakap-cakap mengenai sikap yang pelajar khususnya dalam konteks sampah ini, tetapi kita juga sebagai individu bukan Nabi Muhammad S.A.W bersabda "Kebersihan itu separuh daripada IMAN" , renung-renungkan...kerana benda yang membawa kebaikan itu agak sukar dilakukan tetapi memperbaiki iman melalui kebersihan boleh mencerminkan kita ini orangnya bagaimana..Action do reflect your personality.

Kedua, BERCAKAP MENGENAI KEMPEN INI KEPADA RAKAN-RAKAN DAN MASYARAKAT. Kita perlu sentiasa bercakap mengenai perkara ini agar mereka berwaspada tatkala berniat untuk membuang sampah kerana mereka tidak tahu yang mereka kini digelar KUTU SAMPAH, apabila mereka membuang sampah..Prof Chua bercakap mengenai KUTU SAMPAH ini, dan saya juga bersetuju dengan apa yang dicakapnya mengenai konsep Masyarakat Malaysia mengenai sampah iaitu "Buang, pungut...buang,buang..pungut pungut, buang buang buang, pungut pungut pungut" Ini adalah pandangan yang perlu ditepis dan dibuang terus dari diri kita...selagi perkara ini menjadi TABIAT kita, sampai bila pun kempen ini tidak akan berjaya..and I'm with him if he propose about Kempen menangkap Kutu Sampah berbanding gotong-royong...baru ku tahu konsep gotong royong..panggil YB dan komuniti mahupun NGO dari tempat lain bersihkan satu penempatan...dah bersih nanti, tunggulah seminggu dua, kotor lagi..nanti panggil lagi dari Agensi lain...bersihkan lagi...jika Kempen Anti Kutu Sampah pula berbeza, SATU: kita tidak perlu mengotorkan diri membersihkan sampah orang lain, DUA: kita berkumpulan bersama-sama Pegawai DBKK menangkap kutu sampah, bukan alang-alang jika dapat seorang, bagi denda rm300 macam apa yang berlaku oleh seorang pelajar institusi yang tidak ingin ku sebut institusi mana,berlaku di UA (Universiti Apartment) ..kan habis duit buang sampah punya angkara...tue baru seorang...duit-duit tue boleh buat Public Amenities...syiuk~ DAN MASYARAKAT pula boleh terdidik dengan apa yang bakal kita tonjolkan bermula dengan bercakap mengenai kempen ini kepada IBUBAPA dan saudara terdekat....bukan kita sahaja terlibat malahan Masyarakat secara am nya...

INGAT! sijil ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa apabila pihak berwajib seperti DBKK tidak berpuas hati dengan tahap kebersihan kampus, mahukah kita agar perkara ini terjadi? tepuk dada tanya selera, ia umpama "Cubit paha kanan,paha kiri juga terasa". Jangan malukan UiTM dengan nama anda menjadi tajuk akhbar gara-gara membuang sampah....

Friday, July 16, 2010

"Induction" dalam kalangan pelajar...Pro dan Kontranya #2

6 comments



Belum lagi dapat berbicara mengenai kontra induksi kerana saya mendapat info yang menarik kira-kira jam 2 petang tadi..mengenai pelajar baru yang mungkin merasakan apa yang di postkan oleh dia adalah haknya kerana perkara tersebut di post dalam akaun FB-nya...tapi yang dia silap adalah mem-publishkan kata-kata yang agak kasar dan menjatuhkan kredibiliti Pensyarah,Anda tahu apa itu INNUENDO dalam LAW subject dimana anda mempunyai hidden meaning dan boleh didakwa dibawah LAW OF TORT: DEFAMATION, jika anda ada rezeki, maka anda bakal berjumpa subjek ini, tapi nak kata juga post tue adalah LIBEL, tapi ini cuma anggapan saya jika anda berdepan dengan tindakan mahkamah dan banyak lagi option dakwaan yang boleh dikenakan keatas kamu...Sedihnya, nak kata mereka adalah budak baru dan wajar untuk dimaafkan, rasanya mungkin tapi TIDAK kali ini....mengatakan #1"Lecturer buduh", agak keterlaluan budak ini yang kukira tak sampai sebulan menjejakkan kaki ke UiTM. Walaupun kita dalam perasaan yang agak amarah, namun kita perlu tahu batas-batas dalam mengeluarkan kata-kata terutamanya kepada orang yang memberi kita ilmu.Lecturer baru masuk 2nd week, tapi justifikasi yang diberi umpama sudah berpuluh tahun mengenali lecturer tersebut. Dirinya kulihat melalui post seperti ingin mendapat perhatian daripada orang-orang disekelilingnya dan agak bangga bila mendapat perhatian tersebut seperti ayat berikut "I've told you guys to speak in English, so that you'll be notify" , bunyinya lebih kurang macam tue...


JIka lecturer menjadi mangsa, ini plak #2 ajk MDS yang kukira merupakan senior...adakah patut untuk menegur orang yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program MDS itu diambil mudah akan tugas mereka, mereka tidak tahu bahawa PM adalah orang-orang yang memastikan mereka dalam keadaan yang selamat barulah mereka lena tidur,dia tidur dalam pukul 12, sedarkah mereka bahawa PM itu tidur pada jam berapa? tak pernah terfikir kah dia jam berapa PM itu telah bangun untuk mengejutkan mereka?tak sedar dek untung wahai budak....agak geram tatkala usaha PM yang kebanyakannya merupakan rakan-rakanku nampak sia-sia dimatanya....sedih bila orang tidak memahami betapa peritnya menjadi orang belakang tabir.....well, saya ucapkan kepada anda agar berhati-hati tatkala memandang disekeliling apabila anda berjalan diKampus yang kami cintai ini....namamu jika ku lihat mempunyai blog, kali kalah dah hit lady gaga untuk diri anda pada hari ini. isu ini bakal berpanjangan..tidak nampak bila ia akan surut..umpama dia yang mencipta puting beliung yang dia sendiri tidak tahu bagaimana akan memberhentikan kekuatan puting beliung hasil ciptaannya itu..

#3 orang-orang yang bakal kau jumpa kat UiTM? waoh!! sangat hebat overreacting kau yaaa.....eventhough Induction dah tiadauntuk memberi anda sedikit suntikan jati diri, but still human have feeling dan tak perlukan induksi untuk meluahkan apa yang terbuku dihati, dan perasaan yang awak sendiri cetuskan kepada Warga UiTM khususnya menyebabkan saya tertanya-tanya adakah anda bakal survive dengan kehidupan yang selepas ini agak mengaibkan...sorry to say, this is what you get..remember this word sampai anda menghembuskan nafas terakhir ya....KARMA!! saya bukanlah jenis orang yang ingin memalukan individu lain, akan tetapi seriously you are my JUNIOR!!! DPA student bha ko nie! you want me to tell what's your mistake? numbur 1: Anda memalukan Fakulti... 2: Anda memalukan Senior dan PM , 3: Anda merendahkan kredibiliti Pensyarah dan ke-4 : UiTM seluruhnya...


#5 Anggapan bahawa NR student merupakan pelajar yang tidak EXCEL! terutamanya post tersebut mengenai Part 6 DPA....dimana dia mengatakan bahawa semasa dia menghadiri Perjumpaan DIPAC,cuma sedikit sahaja yang hadir....well anggapan dia yang mereka adalah NR ternyata benar...cuma statement yang bikin saya tersangat-sangat panas adalah NR student merupakan student yang tidak excel? woah sekali lagi kepada dia!!!! well consider yourself as what? Alexander Graham Bell....sungguh bijak ya...Tahukah anda bahwa penempatan kat UiTM sabah ini agak terhad sehinggakan orang menangis merayu untuk Hostel...sedarkah anda ramai yang terpaksa NR untuk tempatkan Pelajar baru?syukur nak, UiTM masih boleh menampung 750 orang pelajar lelaki....dan anda adlah antara salah satu pelajar yang bertuah itu, tapi tahukah nasib anda di semester ke-2? anda yakin akan dapat kemudahan kolej?jika anda NR, bolehkah saya membuat andaian bahawa anda adalah budak yang tidak excel? herm...

SO next time bila nak post kat tmpt yang seluruh dunia boleh tahu..saya harap anda akan berhati-hati next time...but for this case ada pepatah melayu mengatakan "TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK KATA MULUT BINASA" tapi versi moden punya "TERLAJAK POST BOLEH DELETE, TAPI BILA ORANG DAH PRINT SCREEN TIADA GUNANYA", so kredit to those yang dah print screen post budak itu...INI adalah kata-kata yang dia berjaya luahkan sebelum wall FBnya dia letak sebagai privacy :


"ATTENTION TO ALL UITM SABAH COMMUNITY. FROM NOW ON, THERE'LL BE NO MORE OFFENSIVE POSTS FROM ME ANYMORE. SORRY IF I OFFENDED TO ANYBODY ESPECIALLY SENIORS. THANK YOU." SINCERELY DOM@Kurt Hummel..


APA KATA ANDA? INDUKSI? sesetengah individu mengatakan tidak semestinya induksi dapat mengubah pelajar supaya behave,walaubagaimanapun bagi saya ia merupakan satu cara untuk menyinkirkan toksin-toksin "ke-sekolah menegahan dan pembawaan yang tidak matang dari rumah" yang masih membelenggu dirinya,mungkin tidak 100% dapat disingkirkan tetapi ia dapat membuka mata pelajar lain agar tidak mengulangi benda yang sama dan kepada dirinya sendiri....haha...renung-renungkan...kepada pemilik FB tersebut@ junior DPA ku yang tercinta..moga tabah menjalani hidup-hidup yang mendatang....bagi saya, maaf anda kuterima TETAPI TIDAK BERMAKNA KU AKAN LUPA~

THIS IS WHAT I THINK YOU COULD DO:
1. MINTA MAAF KAT LECTURER TUE..EACH OF THEM...
2. MINTA MAAF DENGAN SENIOR-SENIOR ANDA..
3. MINTA MAAF KEPADA HEP...

*jika ini mampu anda lakukan, maka isu tersebut bakal menjadi pengajaran kepadamu dan freshie2 yang lain agar berfikir sebelum bertindak..dan hal ini cuma menjadi sebagai satu titik hitam yang akan mengubah kamu menjadi lebih matang, PERMOHONAN MAAF SECARA RASMI ini adalah yang kami tunggu kerana permohonan maaf secara alam maya tidak meyakinkan bahawa anda benar-benar menyesali apa yang telah terjadi.

p/s For your information kurt, in UiTM don't forget to visit Our Counseling Unit that conducted by two Counselor that can help you to release your problem..this is the right channel for you to express your feeling....."No one's perfect" but....lu fikirlah sendiri~

Tuesday, July 13, 2010

"Induction" dalam kalangan pelajar...Pro dan Kontranya #1

0 comments


Buli, Ragging, ("Induct"- tak tau betul ka ejaan) atau apa saja term yang kita biasa dengar selalunya dikaitkan dengan Induksi. Gambar diatas merupakan pandangan stereotaip tentang Induksi. Induksi bukanlah dikatakan buli apabila kena pada tempatnya, cuma ada yang mengubah bentuk induksi itu kepada buli dimana terjadinya sentuhan yang boleh mendatangkan kecederaan.Kini saya ingin fokuskan isu ini di Universiti, Mengapa? IPT yang kini tempat saya menuntut agak popular membincangkan isu ini sejak ia ditarik balik oleh pihak U tetapi dalam mode "cerita kedai kopi" version sahaja,kini saya modify ia kepada "cerita dalam hostel". Isu ini timbul apabila induksi bukan lagi menjadi tradisi dan ia dimansuhkan akibat daripada induksi yang agak ekstrim pernah dilakukan sehingga mungkin menyebabkan kecederaan fizikal ataupun mental. Sejauh manakah induksi itu berkesan dalam mendisiplinkan pelajar? dan adakah ia membantu agar pelajar mempunyai sifat hormat-menghormati? jawapan yang saya dapat hasil daripada perbualan ringan bersama rakan-rakan ialah:

Pro ataupun Hasilan positif daripada induksi:

1. Apabila induksi dijalankan dapat mengajar pelajar baru akan rasa hormat kepada senior dan juga pihak pengurusan secara tidak langsung...Bagaimana ianya berlaku? dengan Induksi, freshie lebih mengenali senior mereka dengan lebih dekat lagi dan sentiasa dingatkan oleh senior mengenai menghormati senior serta orang lain; hampir 80% rakan-rakan yang ditanya semuanya mengeluarkan perkataan yang sama iaitu "supaya mereka menghormati orang lain" dan jika dilihat badge sebelum Induksi dimansuhkan, ia ternyata benar dan tidak ada masalah seperti sekarang ini,dimana agak sukar untuk mengawal tabiat pelajar yang seperti "rusa masuk kampung" dan kita juga agak sukar untuk mencari satu mekasnisme yang boleh control the "new baby in town",pernah terjadi sehingga satu event dimana orang penting dalam Kampus berucap tidak ada yang mendengar dan ternyata ia agak mengecewakan, tadi saya mengaitkan ia juga dapat menyenangkan pihak pengurusan bukan? mengapa? kerna apabila senior-senior ini amat menekankan disiplin, ia terikut-ikut sehingga kepada setiap aspek dan tindak tanduk sepanjang berada di persekitaran kampus dan mereka juga sentiasa berhati-hati sebelum melakukan sesuatu maka tidak terjadilah kes pelajar keluar ikut pintu kecemasan sesuka hatinya saja, tapi mungkinkah pendekatan ke arah "mendisiplinkan" mereka itu menjadi persoalannya disini? lain orang lainlah cara mereka, akan tetapi mengapa senior-senior sebelum ini yang juga mengalami Induksi boleh survive pelbagai bentuk induksi yang dilakukan? adakah pelajar sekarang terlalu manja? teringat kisah anak tak hantar buku kerja dirotan,dah kena dakwa..lau kes yang keluar kat akhbar seperti kena ketuk pakai kasut tinggi terus berdarah kepala baru relevan nie baru merah tangan dah bising panggil media buat sidang akhbar segala....herm apa kata anda?bukan untuk mencari kelemahan cuma isu ini mungkin boleh difikirkan bersama.....

Monday, July 12, 2010

Sotong dan Burung menjadi peramal,saya pun ingin mencuba..

0 comments


Sotong Paul menjadi mauduk masyarakat dunia apabila ia berjaya meramal Negara Jerman menewaskan England....peristiwa tersebut menyebabkan ramalan sotong itu sentiasa dinanti-nantikan...tidak ketinggalan keluargaku yang sanggup melayari internet untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keputusan ramalan itu...dan menggunakan ia sebagai alibi yang kuat untuk menyokong pasukan kegemaran..ku cuma mampu tertawa melihat mereka...sotong tersebut dipercayai mempunyai kuasa psikik? owh Makhluk Allah sentiasa punya rahsianya tersendiri tapi tidak pernah pula mendengar kisah sotong boleh menilik dan mempunyai kuasa seperti yang didakwa...percaya ramalan tersebut, khurafat la jawabnya, tapi jika sebagai bahan penghibur tidak mengapa...teringat kata-kata kawanku jika sotong menjadi alasan yang satu maka dijawabnya "mana boleh percaya sotong,bola tu bulat..kita tengok nanti",haha

Timbulnya isu mengenai sotong mempunyai kuasa untuk meramal dipelopori oleh para saintis yang kini sedang giat untuk mengkaji haiwan akuatik dimana ia mempunyai deria yang boleh mengesan bencana alam yang bakal melanda, kemudian teringat aku akan satu peristiwa dimana kejadian Tsunami yang menyebabkan orang kehairanan mengapa ikan-ikan pada waktu itu yang cukup sifat dan masih lagi mampu berenang tetapi tidak mahu meninggalkan pesisir pantai dan selang beberapa hari Tsunami berlaku, jadi mungkin ada relevennya dikaji dalam hati kecilku...Sotong paul meramal Sepanyol akan ambil title pada Piala Dunia kali ini. siapa tahu bukan?hairan juga kan mungkinkah perkara-perkara mistik ini dikaitkan dengan Afrika dimana ia merupakan tempat dimana kuasa sihir itu agak kuat seperti voodoo dan sebagainya...ada juga mengatakan kasut bola beberapa pemain telah dijampi oleh bomoh disana dan ia merupakan permintaan daripada pemain itu sendiri..haha macam-macam bha, kununnya supaya mendapat tuah~



Burung Nuri di Singapura juga tidak terlepas untuk meraih publisiti dengan menilik Belanda bakal menang perlawanan akhir Piala Dunia. Disini saya pun tidak tahu dimana datangnya idea gila hasil cetusan bersama En. Nasir untuk menjadikan ikan peliharaan itu sebagai penilik kami pada pagi ini. Bagaimana ditentukan? oleh kerana baja ikan itu ada dua warna hijau dan merah...merah mewakili Sepanyol, manakala hijau mewakili Belanda. Ternyata si ikan sepat memakan baja ikan berwarna merah! haha adakah benar Sepanyol bakal menang kerana sotong dan ikan merupakan hidupan akuatik dan mempunyai pendapat yang sama! haha, ntah teori ini boleh pakai atau tidak cuma nak kata BOLA ITU BULAT! pada malam ini saya juga berpihak kepada si sotong dan si ikan...kerana itu merupakan pasukan ketiga yang saya sokong selepas Portugal Dan Brasil tidak berjaya melayakkan diri ke peringkat Akhir..



Sunday, July 11, 2010

Kini sudah tiada...

1 comments
"Dia akan menyusulku", perkataan yang keluar dari arwah datukku kini sudah terjadi....Semoga rohnya dicucuri rahmat...nenek ku pergi meninggalkan kami di usia 88 tahun...hatiku sebak dan tidak mampu menahan tangisan tatkala ku menerima pesanan ringkas dari ayahku selepas waktu Zohor mengatakan "nenek sudah tiada'', ketika itu ku baru menjalani hari pertama kuliah bagi semester 5....ku berjaya masuk satu kelas pada hari itu....sebenarnya ku berada di cafe dengan kawan-kawanku dan bercadang untuk makan bersama, tetapi berita tersebut terus membuatku kelam kabut di cafe,ku cuba menelefon ibuku mengenai berita tersebut dan ingin lekas pulang untuk turut sama menemani ayah ku yang kini tidak mampu berkata apa-apa....Terima kasih kepada En.Kaffali dan Abang Zul yang turut sama menjadi sibuk untuk mengurus tiket flight ke tawau pada petang itu, akan tetapi sukar untuk mendapatkan tiket pada hari itu lalu saya dan ibu pergi mencuba nasib dengan terus pergi ke KKIA untuk melihat jika ada tiket yang boleh dibeli pada hari itu dan berjam-jam kami duduk sebagai waiting list,tetapi wanita di kaunter itu mengatakan kami cuma dapat first flight pada esok hari.....syukur kami berjaya berlepas ke tawau pada jam 7 kesana...

10 anak yang arwah lahirkan kini semuanya berada disampingnya tatkala di menghembus nafas terakhir...sempat jua ku pulang sebelum arwah nenek pergi...3 hari itu yang tak kusangka merupakan hari-hari terakhir ku bersamanya...kepulangan ku sebenarnya berniat untuk melawatnya dengan menumpang bas UiTM yang menghantar pelajar2 pre-com ke Tawau, tak sangka kami juga secara tidak langsung menguruskan pelajar-pelajar tersebut dan segala program diuruskan oleh saya,sazali dan suhamdan. Sampainya di sana, En. Ardey memberikan slotnya dalam jam 7.00 malam...habis lebih kurang pada jam 9, kami bercadang untuk menjadi tour guide mereka untuk ke tempat makan yang murah dan dimana lokasi Masjid dan Pasaraya..... dalam hatiku ku esok baru ku pergi melawat nenek dan terus habiskan masaku disana, tetapi pada jam 10.30 ke di telefon oleh ayahku mengatakan nenekku sakit kuat..ku bergegas menahan teksi yang kebetulan ada berdekatan....

sampainya disana ku lihat nenek sudah terbaring dengan mukanya yang sudah mulai menampakkn tengkoraknya..dia nampak begitu kurus dan tidak berdaya..sudah dua tahun lebih ku tidak pulang..dan kini cuma mampu berkata "makan", ''mandi''.... beberapa orang tua yang mengelilinginya dipercayai merupakan berpangkat nenek dan keluarga ku yang tak pernah ku nampak...dan sakit tua merupakan perkataan pertama mereka setelah ku bertanya akan keadaannya...setelah beberapa minit kemudian, ku bercadang untuk membacakan Yassin dan mengiring arwah nenek untuk mengucap dua kalimah syahadah.....nenekku bernafas tidak seperti biasa,agak susah dan peritnya dia bernafas....dalam pertengahan surah itu, mereka berkata nenek ingin pergi, mereka semua terus memberitahu saya agar membimbing syahadah di telinganya...sambil ku membimbing, airmataku tidak mampu ku tahan lagi.....ia bagai empangan yang pecah tidak mampu untuk berhenti....namun bukan masanya, nenek respon dengan khalimah La illahaillallah...dan sambung bernafas lagi....saat itu kurasakan seperti ada yang ditunggu nya.....tapi semua sudah pulang....

[6 Julai 2010] rupanya apa yang ku jangka itu betul...kami tidak menyangka bahawa orang yang ditunggu itu merupakan pakcik ku dibelakang rumah..abang ayahku, kami tidak pernah menyedari bahawa dia lah orangnya...kerana dia juga disekitar rumah sahaja, selesai semua anaknya meminta maaf, mereka sedar yang pakcikku itu lagi belum pergi ..lalu di panggil dia; ucapan maaf dan minta ampun, mencium kakinya...selepas itu arwah nenek berhembus perlahan dan pergi..betapa kuatnya nenek bertahan untuk pastikan semua anaknya memohon maaf kepadanya sebelum dia pergi....

betapa kasihnya seorang IBU....tidak ingin anaknya tergolong dalam anak yang derhaka, kini dia sudah pergi, meninggalkan 10 anaknya beserta cucu yang begitu ramai menjadi khalifah di bumi ini...meneruskan legasi Muhammad S.A.W...Al- fatihah

Mulai cuba berkarya semula....

0 comments
Sudah lama tidak menulis di blog sendiri, tapi kini minat itu sudah mulai timbul semula....melihat keluargaku yang memang menceburi dirinya dalam dunia lama maya ini dengan menjadi kan ruang tersebut sebagai medan menyebarkan maklumat dan mungkin juga perniagaan; tidak cukup itu sahaja...rakan-rakan dan beberapa staf yang begitu setia untuk menulis di blog masing-masing mengenai pendapat dan juga segala yang berlaku di sekeliling mereka...

Kini dengan bantuan cuz ku ; junaidi, ku mulai bersemangat untuk menulis....kerana jenis design dan apa sahaja yang perlu ada kat dalam sebuah blog bakal ditambah dalam blogku...bukannnya tak pandai, cuma belum begitu mahir..hehe, tapi itu semua akan ku pelajari juga daripadanya..agak jealous juga bila melihat di sudah selangkah dihadapan dengan mempunyai laman web sendiri..

well....penulisan ku bakal bermula lagi di semester ke-5 ku...kini sudah di tahun akhir pengajian..
well wait and see....