Monday, July 12, 2010

Sotong dan Burung menjadi peramal,saya pun ingin mencuba..

0 comments


Sotong Paul menjadi mauduk masyarakat dunia apabila ia berjaya meramal Negara Jerman menewaskan England....peristiwa tersebut menyebabkan ramalan sotong itu sentiasa dinanti-nantikan...tidak ketinggalan keluargaku yang sanggup melayari internet untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keputusan ramalan itu...dan menggunakan ia sebagai alibi yang kuat untuk menyokong pasukan kegemaran..ku cuma mampu tertawa melihat mereka...sotong tersebut dipercayai mempunyai kuasa psikik? owh Makhluk Allah sentiasa punya rahsianya tersendiri tapi tidak pernah pula mendengar kisah sotong boleh menilik dan mempunyai kuasa seperti yang didakwa...percaya ramalan tersebut, khurafat la jawabnya, tapi jika sebagai bahan penghibur tidak mengapa...teringat kata-kata kawanku jika sotong menjadi alasan yang satu maka dijawabnya "mana boleh percaya sotong,bola tu bulat..kita tengok nanti",haha

Timbulnya isu mengenai sotong mempunyai kuasa untuk meramal dipelopori oleh para saintis yang kini sedang giat untuk mengkaji haiwan akuatik dimana ia mempunyai deria yang boleh mengesan bencana alam yang bakal melanda, kemudian teringat aku akan satu peristiwa dimana kejadian Tsunami yang menyebabkan orang kehairanan mengapa ikan-ikan pada waktu itu yang cukup sifat dan masih lagi mampu berenang tetapi tidak mahu meninggalkan pesisir pantai dan selang beberapa hari Tsunami berlaku, jadi mungkin ada relevennya dikaji dalam hati kecilku...Sotong paul meramal Sepanyol akan ambil title pada Piala Dunia kali ini. siapa tahu bukan?hairan juga kan mungkinkah perkara-perkara mistik ini dikaitkan dengan Afrika dimana ia merupakan tempat dimana kuasa sihir itu agak kuat seperti voodoo dan sebagainya...ada juga mengatakan kasut bola beberapa pemain telah dijampi oleh bomoh disana dan ia merupakan permintaan daripada pemain itu sendiri..haha macam-macam bha, kununnya supaya mendapat tuah~



Burung Nuri di Singapura juga tidak terlepas untuk meraih publisiti dengan menilik Belanda bakal menang perlawanan akhir Piala Dunia. Disini saya pun tidak tahu dimana datangnya idea gila hasil cetusan bersama En. Nasir untuk menjadikan ikan peliharaan itu sebagai penilik kami pada pagi ini. Bagaimana ditentukan? oleh kerana baja ikan itu ada dua warna hijau dan merah...merah mewakili Sepanyol, manakala hijau mewakili Belanda. Ternyata si ikan sepat memakan baja ikan berwarna merah! haha adakah benar Sepanyol bakal menang kerana sotong dan ikan merupakan hidupan akuatik dan mempunyai pendapat yang sama! haha, ntah teori ini boleh pakai atau tidak cuma nak kata BOLA ITU BULAT! pada malam ini saya juga berpihak kepada si sotong dan si ikan...kerana itu merupakan pasukan ketiga yang saya sokong selepas Portugal Dan Brasil tidak berjaya melayakkan diri ke peringkat Akhir..



0 comments:

Post a Comment