Tuesday, July 20, 2010

UiTM SABAH, kampus tanpa sampah...

0 comments


Ku ingin sejukkan post ku setelah ia menjadi panas, sepanas pisang goreng macik maimun@memo beberapa hari yang lalu....Dengan rasminya kes pelajar yang agak kontroversial itu kini menampakkan ia bakal reda setelah pihak atasan dan juga pengurusan mengawal isu tersebut...saya juga cuba sejukkan dengan isu yang lebih membanggakan UiTM, mungkin ia patutnya telah menjadi entryku yang ter-awal kerana ia telah dirasmikan beberapa minggu yang lalu...kini ku akan bercakap mengenai sijil yang terpampang di atas...

SIJIL PENGIKTIRAFAN UiTM SABAH SEBAGAI KAMPUS PERTAMA YANG MENJADI UNIVERSITI TANPA SAMPAH bukan bermaksud bahawa UiTM sabah tanpa ada sampah didalamnya..itu agak tidak munasabah, apa yang ingin ku katakan ialah "TANPA SAMPAH" bermaksud tidak ada sampah yang dibuang di merata tempat melainkan di mana ia patut berada iaitu di tong sampah.

8 Julai menjadi tarikh keramat buat UiTM sabah dimana Mayor Kota Kinabalu sendiri datang untuk merasmikan Pengiktirafan tersebut dan ia bukan sahaja sekadar Universiti tanpa sampah malahan Mayor merasmikan "Pembinaan Tanpa Sampah", oleh kerana projek RMK9 yang masih lagi dalam pembangunan disekitar Kampus, mereka turut sama terlibat secara langsung didalam kempen tersebut.

Apakah tanggungjawab kita sebagai PELAJAR dalam merealisasikan kempen ini?

DUA langkah yang telah disyorkan dimana:
Pertama, pelajar tidak akan membuang sampah di merata tempat iaitu didalam kampus DAN DI LUAR KAMPUS ATAU DIMANA SAHAJA ANDA BERADA. Ini adalah penting untuk pelajar memahami bahawa kita perlu mengamalkannya dimana sahaja kita berada, bukan sahaja UiTM bakal menempah nama apabila orang bercakap-cakap mengenai sikap yang pelajar khususnya dalam konteks sampah ini, tetapi kita juga sebagai individu bukan Nabi Muhammad S.A.W bersabda "Kebersihan itu separuh daripada IMAN" , renung-renungkan...kerana benda yang membawa kebaikan itu agak sukar dilakukan tetapi memperbaiki iman melalui kebersihan boleh mencerminkan kita ini orangnya bagaimana..Action do reflect your personality.

Kedua, BERCAKAP MENGENAI KEMPEN INI KEPADA RAKAN-RAKAN DAN MASYARAKAT. Kita perlu sentiasa bercakap mengenai perkara ini agar mereka berwaspada tatkala berniat untuk membuang sampah kerana mereka tidak tahu yang mereka kini digelar KUTU SAMPAH, apabila mereka membuang sampah..Prof Chua bercakap mengenai KUTU SAMPAH ini, dan saya juga bersetuju dengan apa yang dicakapnya mengenai konsep Masyarakat Malaysia mengenai sampah iaitu "Buang, pungut...buang,buang..pungut pungut, buang buang buang, pungut pungut pungut" Ini adalah pandangan yang perlu ditepis dan dibuang terus dari diri kita...selagi perkara ini menjadi TABIAT kita, sampai bila pun kempen ini tidak akan berjaya..and I'm with him if he propose about Kempen menangkap Kutu Sampah berbanding gotong-royong...baru ku tahu konsep gotong royong..panggil YB dan komuniti mahupun NGO dari tempat lain bersihkan satu penempatan...dah bersih nanti, tunggulah seminggu dua, kotor lagi..nanti panggil lagi dari Agensi lain...bersihkan lagi...jika Kempen Anti Kutu Sampah pula berbeza, SATU: kita tidak perlu mengotorkan diri membersihkan sampah orang lain, DUA: kita berkumpulan bersama-sama Pegawai DBKK menangkap kutu sampah, bukan alang-alang jika dapat seorang, bagi denda rm300 macam apa yang berlaku oleh seorang pelajar institusi yang tidak ingin ku sebut institusi mana,berlaku di UA (Universiti Apartment) ..kan habis duit buang sampah punya angkara...tue baru seorang...duit-duit tue boleh buat Public Amenities...syiuk~ DAN MASYARAKAT pula boleh terdidik dengan apa yang bakal kita tonjolkan bermula dengan bercakap mengenai kempen ini kepada IBUBAPA dan saudara terdekat....bukan kita sahaja terlibat malahan Masyarakat secara am nya...

INGAT! sijil ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa apabila pihak berwajib seperti DBKK tidak berpuas hati dengan tahap kebersihan kampus, mahukah kita agar perkara ini terjadi? tepuk dada tanya selera, ia umpama "Cubit paha kanan,paha kiri juga terasa". Jangan malukan UiTM dengan nama anda menjadi tajuk akhbar gara-gara membuang sampah....

0 comments:

Post a Comment