Thursday, December 2, 2010

Aku dan Disember...

0 comments

Aku dan Disember...

Hati kecil ku bertanya kepada bulan bulan itu " Apa yang ku lalui sepanjang tahun ini?":


Januari berkata " sepanjang dia hidup di dalam hariku, dia mengetahui bahawa perjalanan nya sudah semakin jauh"

Februari menambah " di dalam hariku, dia terus hidup dalam dirinya sendiri, konflik terus terjadi..namun dia terus tabah menjalani"

Mac pula menyusul " didalam hariku, dia mulai mengenali apa itu ragam hidup, banyak dipelajari nya... mulai menyusun langkah, agar berhadapan dengan angin yang bermacam jenisnya... takut- takut terbuang ditiup badai yang tidak dijangka...

April tiba " dirinya umpama disirami nur kasih bila menemui orang yang membahagiakannya...insan yang merubah hidupnya, melengkapi dirinya, merasa dunia ini dia yang punya"

Mei datang dengan penuh kesuraman tatkala dia mengetahui dirinya sudah tidak cukup masa untuk Pencipta-NYA, kerana dalam hariku merupakan peringatan akan kelahirannya...namun dia gembira kerana sudah semakin dekat pada-NYA...

Jun bersuara bahawa dirinya dibelenggu dengan orang-orang yang membahagiakannya...mencintai saat-saat itu bersama mereka..

Julai menangis kerana dia tahu bahawa didalam hariku dia hilang arah, dia hilang pertimbangan, dia hilang bila orang yang disayanginya sudah tiada... namun kamu, sihati kecil memujuk bahawa DIA sudah mengambilnya kerana sayangnya DIA...

Ogos mulai menampakkan dirinya mulai berubah...berubah dalam setiap sudut... betapa sukar akan menerima kehilangan... namun dia cuba sembunyikan ia di balik topeng yang cermin sediakan, sudah dia persiapkan untuknya... topeng-topeng itu menakutkan~ dia tidak tahu jika topeng itu menutup dirinya atau merubahnya...

September memperlihatkan yang dia sudah mulai cuba menghancurkan topeng-topeng itu kerana dia tidak perlukannya...dia ada kamu, kamu merubah dia... dan dia gembira cermin tidak ada lagi...

Oktober menjadikan dia seorang pemerhati, pemerhati akan siapa sebenarnya orang di sekelilingnya...aku tahu ada yang punya topeng itu... cermin mereka sepertinya masih lagi menemani...setiap orang topengnya itu berbeza-beza, bila dia melihat si dia dengan si polan, topeng nya hitam, bila dengan si pulan cermin tukarkan topeng itu, topengnya menjadi merah..

November mengajar ku bahawa ada orang yang akan berputus asa, nawaitu nya mulai berubah, sifat pentingkan diri mulai menguasai benak fikirannya... ku cium bau cemburu, ku cium bau pengkhianatan... takut dengan bau itu, ku beralih kepada haruman, haruman Sabar, sungguh sukar untuk ku cari namun ku temui sedikit untuk bekalku agar tidak mengeluarkan bau yang sama...

namun aku dan Disember...
yang pasti ia belum ternukil... aku mahu didalam hari-harinya..
aku bahagia, aku kuat, aku tabah, aku sabar...
mengisi ia dengan lebih berhati-hati kerana ia mungkin Disember yang terakhir...



0 comments:

Post a Comment