Friday, December 3, 2010

Orang Ketiga?

0 comments

Keluarga itu terus bahagia, sudah 32 tahun pernikahan ini terjalin...kemudian dianugerahi cahaya mata penyeri rumah tangga....tapi tidak pernah terlintas di dalam kotak fikiran bahawa ada orang ketiga di dalam rumah tangga itu... siapa dia? tidakkah dia mengetahui bahawa lelaki itu sudah punya isteri? mengapa si suami merahsiakannya?

Apa papa tidak pernah terfikir, anak-anaknya kini sudah matang dan mampu untuk menilai tindak tanduk itu...Sekali pernah tertangkap oleh aku... panggilan masuk, ring ring.. tertera nama perempuan itu, "Minah cun"...ini bukan kali pertama, papa teriak "ambil telefon itu!", aku cuba merahsiakannya dari mama...ku beri kepadanya, bingkas ku lari ke bilik...aku menangis, bantal menutup jeritan tangisan ku...aku terluka, perlukah ku beritahu mama?

takutnya aku jika kuberitahu mama, keluargaku akan berpisah... aku sayang papa, aku juga sayang mama, aku terus diam dan cuba melupakan apa yang terjadi setiap kali ku bertembung dengan situasi itu. Pernah ku terfikir untuk mencari siapa perempuan itu, tidak pernah terlintas untuk ku memarahi papa, mengapa dia kacau keluargaku?

Semakin terhimpit perasaan bila ku lihat perhubungan mama dan papa dingin, dingin dan sepi~ Usiaku baru menjangkau 15 tahun. Tidak ku terfikir aku menyimpan rahsia sebesar ini... apa yang ku fikir, aku mahu keluarga ini bahagia...

Papa merupakan tempat ku mengadu, tetapi aku benci bila ku teringat perempuan itu... Satu petang, aku duduk dengan Papa..kali ini kami bercerita mengenai telefon... dia minta ku tukar setting telefon itu, ku cuba tukarkan ke bahasa Inggeris kerana Papa menggunakan bahasa melayu yang aku tidak berapa faham...

kemudian telefon berdering...panggilan masuk, nama perempuan itu muncul di skrin telefon..papa tidak angkat, sebaliknya dia cuma membalas menggunakan SMS...raut wajahku bertukar~ kemudian ku bertanya.."papa dah SMS, nak saya tolong tukar tak? sebab tadi tak sempat kan, ada call masuk..." aku cuba bertahan dengan kepura-puraan itu. Papa membalas "erm, takpalah... panggil abang, dia tahu, mungkin kamu tak tahu tukar nie..."

aku berlari ke bilik...tanpa sedar air mataku mengalir...ku kunci pintu, ku tulis dalam diariku.."Perlukah ku bertanya Papa, siapa perempuan itu?"

0 comments:

Post a Comment