Monday, January 31, 2011

Buat Insan bergelar "Daddy"...

0 comments
Daddy (baju putih)*susah nak dapat gambar daddy...

Insan yang ku gelar superwira ku ketika aku belum menonton Superman, Power Rangers dan seangkatan dengannya....

Daddy...itulah perkataan yang dibiasakan ke atas kami bertutur dengan beliau...seorang anggota Polis yang begitu dekat dihatinya,itulah minatnya...itulah pekerjaan yang memastikan periuk nasi kami sekeluarga....

tidak pernah dia mengadu masalahnya...pekerjaannya sebagai seorang anggota polis, lebih-lebih lagi di Jabatan siasatan jenayah berat menyukarkan beliau untuk terus kekal dirumah... sehingga pernah sekali beliau pesan "Daddy bukan tak nak bawa anak-anak daddy pergi jalan2, cuma...kerja daddy buat daddy tak dapat luangkan masa dengan kamu..biar mummy yang bawa...

Dari hari itu kami mulai memahami, daddy yang pulang jauh lewat malam..sehingga kan dua pagi baru balik,

teringat zaman aku bersekolah...

di meja makan sudah tersedia wang saku ke sekolah yang disusun..setiap seorang rm2....daddy kelihatan nyenyak tidur...balik daripada sekolah, daddy sudah pasti tidak kelihatan....begitulah kitaran hidup sehari-hari....

daddy idola saya..saya menghormati bagaimana dia mendidik anaknya sehinggala sekarang...biarpun tali pinggang dan rotan merupakan alat untuk mendisiplinkan anak-anaknya...ia pasti bersebab~ dan punya pengajaran bagi setiap kesilapan yang dilakukan....

teringat satu kisah tentang "mandi di lombong", betapa bahaya nya mandi kat sana namun adik-adik yang jajal@nakal nie mana pernah mengendahkan...sekali mereka kedapatan..adikku yang nombor 4@ tukang repot nie la yang bagitau daddy...daddy teriak aja kebetulan lombongnya bersebelahan dengan flat polis yang dipagari tetapi tahula kan budak2 nie dilubangkan la pagar itu,kerana jalan ke sekolah juga boleh dilalui berdekatan kawasan itu..kira jalan pintas la berhampiran lombong yang ada~

dah kena teriak,apa lagi suara daddy kira ada supersonik...dari jauh sudah boleh dikesan, tapi hairan suara mummy yang kat bilik sebelah tue pun sukar betul nak dilayan...tapi daddy punya kuasa supersonik,kan ku dah kata daddyku superwira...hehe~
berlarian la mereka..kebetulan aku berada dibilik....tidur~ balik dari sekolah biasalah....samapi sahaja mereka...disuruh berbaris berhadapan....

adikku no.2 disoal "berapa kali kamu mandi?" soal daddy...
dijawab oleh adikku..."3 kali..."
pap! pap! Pap!..kedengaran tiga kali dirotan di punggung...
aku terjaga..kemudian menyaksikan semuanya...
kemudian adikku no.3.. "kamu berapa?"
"saya pun tiga.."
pap! pap! pap!...
kedengaran suara kedua-duanya menangis...
daddy mulai bersuara "hah, kalau kamu lemas siapa yang susah?..."
dua-dua membisu sehingga adikku no.3 bersuara...
"tapi de(singkatan untuk daddy), si yuyun(adik no.4) pun ada mandi sekali~ "
daddy gelak bila si tukang repot juga ada mandi....
"kamu yang bagitau,kamu pun ada ya..mari sini, pap!"
maka suara nangis tambah seorang lagi....
itulah daddy...adil orangnya~

Mengambil repot kad merupakan hari yang daddy paling tak suka..haha,malar melihat kad laporan yang dua subjeknya konpom merah...Sains dan Matematik! haha...syukur UiTM memberikan aku peluang untuk ke Menara Gading melalui Pra Perdagangan yang tidak mungkin ku siakan~ Pernah sekali daddy mengambil kad laporan ketika aku di sekolah menengah, aku yang bersongkok,dikenali oleh semua guru dan pelajar..Maklumlah ketua pelajar dan K. Pengawas...disisi ku seorang lelaki yang berambut panjang diikat kemas, berseluar jeans koyak di lutut serta memakai rantai leher yang berpinar-pinar..hahahaha dan pistol yang dilock diselit kan dibelakang seluar...hairan seketika semua yang memandang....namun aku tetap bangga kerana itulah daddyku...tanggungjawabnya besar,,,untuk Keluarga dan NEGARA~ cikgu kata " Encik nie siapa?" daddy pun menjawab "saya ayah dia..."...memoriku masih segar lagi dengan riak muka cikgu itu selepas daddy menjawab pertanyaan itu..terlopong mulutnya seketika seperti tidak percaya...hahahahha~

banyak yang ingin ku ceritakan mengenai daddy,tapi tidak mungkin ckup untuk satu entri, dilain masa mungkin aku akan bercerita lagi...hari ini hari istimewanya...hari lahirnya yang ke-43..

Selamat Hari Lahir Daddy....moga terus panjang umur,dimurahkan rezeki,,impian daddy adalah untuk melihat aku memegang segulung diploma..InsyaAllah Ijazah juga begitu...
"Daddy nak tengok anak daddy berjaya, selagi masih mampu untuk belajar, daddy akan bantu semampu yang boleh..." terima Kasih daddy, jika bukan keranamu, tidak mungkin Daddy akan melihat orang yang berdiri megah di menara gading ini...

Pesanan daddy agar tidak mengikut jejak langkah menjadi seorang anggota Polis masih lagi terngiang-ngiang di benak fikiranku....kenapa? walaupun ianya sudah terjawab tapi~ emmm..biarlah takdir yang menentukan...



0 comments:

Post a Comment