Thursday, November 4, 2010

Aku Pasrah...

0 comments

mungkin ada yang melihat akan luahan ku, tentang aku dan mereka...namun dia berjaya membuka mataku bahawa manusia itu adalah misteri....diciptakan oleh-NYA untuk tidak lain dan tidak bukan mencari keredhaan-NYA, kita manusia tidak mungkin boleh menilai seseorang atas tindak tanduknya... mungkin benar pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi, itu sudah pasti~

terima kasih ku ucapkan buat dia, kerana dia menyedarkan akan satu perkara yang ku terlepas pandang... bahawa memaafkan itu yang terbaik, lupakan dan biarkan dia terus mengikut arusnya? mungkin itu tidak dapat ku lakukan~ memaafkan serta melupakan adalah perkara yang kubuat setiap hari, tetapi untuk membiarkan mereka terlupa akan amanah itu, membuatkan aku takut jika mereka terlupa, jalan itu bukan aku yang tentukan, akan tetapi sedarilah bahawa jalan itu kita yang pilih, tidak dipaksa dan ia merupakan peluang apabila orang lain melihat kita punya sesuatu untuk dikembangkan dan risikonya, kita memegang sesuatu yang dipanggil AMANAH; berat perkataan itu dapat kugambarkan...

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya:

"Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya."
Riwayat Muslim

mungkin mereka tidak tahu hatiku ini cuma umpama air yang panas jika dibiarkan maka sejuk la ia; kadangkala hatiku memberontak..mengapa manusia yang merasakan diri mereka itu matang tetapi masih tidak tahu akan apa yang dipertanggungjawaban?

cukuplah... penat aku menutup sebelah mata.... cukuplah aku sudah penat menyembunyikan ia disegenap tulang belulangku...rasanya kini aku mampu dan kuat, terima kasih kepada mereka..mungkin inilah hikmahnya~ yang kutahu, mereka membuatkan aku lebih kuat untuk berdiri sendiri...

AKU PASRAH.....sememangnya agar sukar untuk membentuk manusia itu keluar dari dirinya, setiap manusia punya egonya yang tersendiri, merasakan diri mereka itu betul, merasakan apa yang diperkatakan itu betul,merasakan apa yang dibuat itu betul...aku juga seperti itu...kita tidak dapat lari dari semua itu...

AKU PASRAH.....kini ku akan bersama mereka dengan "diriku sendiri", tiada batas, tiada topeng, tiada tembok..lebih terbuka dan lebih optimistik..positif kerana jika mereka inginkan perubahan maka mereka akan bertindak untuk kearah itu.....akan ku pegang erat tangannya untuk dia turut berubah...jika tidak, Mungkin belum masanya untuk dia berubah...aku doakan yang terbaik...setiap dari mereka, Maafkan aku, seperti kamu, aku jua manusia lemah, tidak mungkin lepas dari kesilapan...tidak mungkin ku malu untuk memohon kemaafan...kerana di mata-NYA ku cuma insan yang lemah dan hina, memohon kepada-NYA agar terus tunjukkan akanku Jalan-MU yang lurus...

AKU PASRAH....kerana bukan aku dan meraka yang patut berubah tetapi KITA yang masih lagi terus memperbaiki diri, meneruskan kehidupan yang penuh dengan teka teki....semoga kita selamat bersama-sama menempuh apa yang mendatang..yang pasti jalan kita selepas ini bukan mudah...kerana OMBAK BESAR bakal melanda...semoga kita persiapkan diri untuk menempuh dugaan-NYA...

AKU PASRAH....

0 comments:

Post a Comment