Thursday, October 14, 2010

Sambutan Raya JPK 2010

0 comments


Kali ini JPK dengan kerjasama PPP, Jawatankuasa Kolej dan Jawatankuasa Pusat Islam(SAHABAT) pada 3 oktober mengukir senyuman apabila berjaya membuat Majlis Rumah terbuka Aidilfitri Kolej Kediaman UiTM Sabah.....

Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Ibu Sami, Abang Karim, Kak Ingah, Kak Nai, Kak Hazimah (isteri Abang Karim), Ibu Bongsu..mereka inilah tunjang kepada program kali ini, berhempas pulas tak mengira penat lelah..itulah yang akan ku ingat sampai bila-bila...Mantan Sekretariat yang membuat ku terharu apabila datang bukan kerana jawatan ataupun status tetapi sanggup datang..terima kasih kepada Kak Laila, Atai, Rahmat, Ruslan, Ajam, Kee...tidak lupa siswi yang sukarela datang...dah namanya gotong royong kan....terima kasih Diana dan kawannya, kawan Atai....

Istimewa buat SAHABAT, jasa anda tidak akan kami lupa....dari memotong hingga la selesai Majlis..masih setia bersama.....

rasanya jika ada yang tidak tersebut...membantu secara langsung atau tidak langsung..jutaan terima kasih buat anda semua...Komentar yang didengar tidak sedikitpun melemahkan semangat akan tetapi menyebabkan kami berkobar-kobar untuk membuat yang lebih baik lagi...

Rasanya cukup dengan kata-kata Ayahanda Pengarah Kampus "Unik", "Mengimbau kenangan 27 tahun yang lalu"....sudah cukup untuk ku bernafas dengan tenang.....

Juadah yang disediakan itu semuanya dari air tangan kami...tanda terima kasih dan tidak ingin melupakan amanat yang kami pegang apabila siswa dan siswi mengundi kami ketika Pilihan raya suatu ketika dahulu...

Jika berkesempatan akan ada lagi...hehe~

0 comments:

Post a Comment