Monday, September 6, 2010

Pertandingan Cyber Games Tertutup UiTM Sabah 2010

0 comments



Kali ini JPK UiTM Sabah berjaya buat julung kalinya mengadakan Pertandingan Cyber Games Tertutup UiTM Sabah pada 28hb-29hb Ogos 2010...Ketua Projek iaitu Alif Farhan merupakan Exco Informasi dan Multimedia diberi tanggungjawab untuk memikul tugasan kali ini. Walaupun banyak percanggahan pendapat dan kesukaran untuk mendapatkan lokasi, Makmal Komputer fasa 3 menjadi pilihan terakhir selepas beberapa situasi yang menyakinkan kami untuk membuat Pertandingan tersebut disana.

Bulan Ramadhan sememangnya menjadi cabaran kepada kami, risau akan penyertaan peserta yang mungkin tidak seperti yang dijangkakan. Walaubagaimanapun, andaian itu jauh terasar apabila lebih dari 35 penyertaan bagi PES (individu), 14 kumpulan bagi DOTA dan 14 kump. juga untuk Counter Strike (setiap kumpulan 5 orang) nyata menaikkan semangat buat kami untuk meneruskan lagi program tersebut.

Pertandingan diadakan selama dua hari itu dijalankan secara "Kalah mati".
Gambar 1: Game Dota yang mendapat sambutan....
Gambar 2: Counter strike...
Gambar 3: PES plak......


sorotan sepanjang pertandingan berlangsung..(klik untuk besarkan)

sudah pasti JUARA, TEMPAT KEDUA DAN KETIGA bakal dibawa ke Sarawak bagi ketiga-tiga kategori untuk bertanding dengan pemain di UiTM Sarawak.
Tahniah kepada semua...next semester,InsyaAllah.. ada lagi...






0 comments:

Post a Comment