Sunday, September 5, 2010

Kluster C..indah khabar dari rupa?

1 comments
1. 2. 3.
4. 5.


* Gambar: 1. Cafe, 2.setiap blok punya tmpt solat spt tertera, 3. Kluster C2, 4. UPK Kluster C,
5. sisi pandang Kluster C2....
Tarikh keramat buat siswa UiTM Sabah apabila mendapat berita perpindahan yang tak disangka-sangka.....ada yang gembira dan ramai pula berpendapat sebaliknya....20hb dan 21hb Ogos, Kluster B menjadi kelam kabut...saya menyaksikan akan teriakan dari pelajar setelah saya membuat pemgumuman akan tarikh perpindahan..."Kami tak mahu pindah!!", "Kenapa tak next sem saja???" dan banyak lagi suara-suara yang cuba menunjukkan protes mereka.

Mungkin kali ini saya menyuarakan dari sudut pandang saya:

Pertama: terkilan.....bukannya excited nak pindah, itu merupakan ekpresi pertama saya..bukan apa cuma Kluster baharu itu belum lengkap sepenuhnya..ada pelajar mengadu : kenapa kami seperti pelarian? cuma dibekalkan tilam dan katil....Bila mereka diajukan perkataan bersyukur, maka mereka tidak mampu untuk berkata apa-apa....kadang kala sebagai manusia kita tidak terlepas dari perasaan untuk merasa..merasa apa yang sepatutnya ada, sehingga kini masih lagi ada pelajar yang belum siap lokernya..Kenapa tidak next sem sahaja?

Kedua: terkejut......bukan apa baru dua hari guna shower, dah tersumbat..sehingga sekarang tidak dibuat....tandas takda hose, jadi ada pelajar yang takda langsung sifat kebersihan maka lantai itu menjadi kesaksian najis mereka...sungguh kotor dan menjijikkan~ hanya Tuhan saja yang tahu akan perasaanku, bukan shaja rintihan mereka...rintihanku siapa yang peduli. Dahla masalah elektrik lagi, siap short circuit lagi ah, bila bilik sebelah tertekan satu suis kipasnya..semua tetiba takda letrik satu aras..apa nak jadi?

ketiga: termakan kata-kata? : "Apabila pindah ke bawah senanglah kita ke padang untuk bersukan.", cuma isu ini ku biarkan untuk seketika kerana saya nak tengok penglibatan student selepas Ramadhan, cuma ini terkeluar dari bibir saya apabila ada pelajar yang ingin bermain futsal di Tenis Court pada waktu malam tetapi lampu tidak berjaya dipasang, apabila sudah ada yang berjaya memohon untuk memasang lampu..tetapi tidak boleh pula..jadi kekeliruan disitu~

Keempat: Mana pelajar yang lambakkan surat rayuan kolej? Kluster B1 dan B2 blum pun terisi oleh pelajar-pelajar siswi..mana mereka? jika tiada blok tersebut akan dibuat sebagai apa? silap-silap belum berpenghuni...dah ada penghuni lain yang menghuni~ aha....jadi bagaimana boleh terburu-buru pindah sedangkan kita pun tidak tahu mereka sebenarnya MAHU atau pun TIDAK MAHU!

Kelima: jika semuanya seperti negatif diatas kini ku ingin cerita positifnya pula..

a) dekat dengan Blok akademik baru dan fast track..haha lucu juga bila pelajar siswa yang kini berbaris berjalan di pejalan kaki sambil memakai payung....tapi itulah lumrahnya..kampus life sepertinya wujud disini..cuma dengan jantina sendiri..perempuan susah sangat nak jumpa...dorang nun atas bukit sana~ yang nak dating jumpa time kat kuliah jak lah ah~ hahaha...

b) kemudahan yang apabila lengkap nanti sudah pasti yang terbaik...
- lantai dah tiles tak perlu pasang tikar
- softboard yang ada whiteboardnya...
- meja belajar dan kerusi banquet yang selesa
- surau yang selesa sebab tempat wuduk kat dalam bilik tue juga..(cuma lebih baik jika ianya cuma di-centralised saja)
- setiap blok ada bilik TV kecuali blok senyap iaitu Kluster C2...
- Cafe ada dua so boleh pilih,jika mahal sebelah pergi sebelah..lau dua- dua mahal...dua-dua kita boikot..suruh cari tender baru..
- Laundrette(akan datang tapi tak tahu bila): cuma tak sesuai apabila diletak dalam blok keutamaan sahaja,patutnya setiap blok ada mesin basuh masing-masing.
i) ii) iii)
iv) v)
Gambar bilik : i) notis board/soft board ii) katil bersebelahan meja belajar iii) loker dan compartmentnya iv) pintu v) loker sisi luar


c) senang untuk "supervise"????- ini nampak berkesan secara teori sahaja..tapi realitinya, jauh panggang dari api....tengok sahaja kes mercun..dahlah rekaan bangunan boleh menyebabkan gema atau echo..teriak satu blok, gemanya sampai kesebelah, jika orang main mercun bomm kat sebelah sampai kat sebelah dua kali ganda...memang tekanan saya, dahla orang busy ngan research ngan assignment...yang hairan, yang main susah betul nak dicekup.....yang dapat pun cuma anak2 ikan jak..yang "bapa ikan" tue yang mercunnya boleh wat letupan dah susah betul nak dapat....
6. 7. 8.
9. 10.
Gambar lagi : 6. Tempat ampaian (kecil sangat) 7.pantri 8.sinki dan cermin tandas 9. Shower 10. ruang kat cafe ala-ala kopitiam

well banyak nak cerita lagi..cuma kena sambung post yang lain...just nak tekankan disini, bukan ingin memburukkan imej mana-mana pihak, cuma perbaiki apa yang sepatutnya dan berfikir dibawah kerasionalan dalam membuat sesuatu keputusan....

1 comments:

Post a Comment