Saturday, September 4, 2010

Hari Raya yang agak sayu bagiku...

1 comments
Entri ku pada bulan lalu agak sunyi dek kesibukan yang melanda..banyak lecturer yang berlumba-lumba untuk buat test dan mengejar silibus..tak kurang ngan aktiviti universiti lagi....well datang mood nak nukilkan sikit mengenai raya yang bakal tiba buatku~

Ramai yang bertanya kepadaku akan Hari Raya tahun ini....Balik kampungkah? balik mana tahun ini? jawapanku, ku tahan dalam hati....Yang pergi itu mengingatkan daku akan bilakah ku akan menyusul mereka.....pemergian arwah nenek pada tahun ini sangat hiba bagiku, tapi tidak ku tahu akan perasaan bapaku yang kini kehilangan kedua orang tuanya...tidak punya semangat untukku pulang ke Tawau tahun ini,Raya kali ini merupakan hari ke 100 pemergian arwah...adat yang dipegang itu sangat kuat..."biar mati ____, jangan mati adat", kenduri akan dibuat pada waktu itu...

Ku ambil keputusan untuk menyendiri Raya tahun ini, jika ku ada mood nak beraya, maka ku akan beraya..jika tidak~ herm tengoklah apa yang terlintas nanti....beraya ngan ibuku kat KK aja, bab ibuku cuma dapt cuti HKA jak...huhu~

Hari ni ramai siswa dah berpulangan memberi aku sejuta ketenangan...mercun pun tak da sangat....Kluster C ditemani bunyi cengkerik aja nie...sunyi sangat~ tapi itu yang ku mahu....ntah apalah si jali wat tue nanti.....haha~

tak tahu dah nak tulis apa, tapi banyak idea dah muncul tuk isu-isu yang berbangkit...haha, banyak nak dikomentar..tapi kena tunggu dulu bab skang takda mood nak bagi komentar..Isu itu tidak lari dari ruang lingkup perjalanan hidupku....Kluster C, Aktiviti Sem nie, Isu semasa, Rintihan pelajar, dan perkara yang kurasa perlu ku luahkan....baguslah ku luah kat blog dari ku buat kerja tak tentu...

Neway...nak ucapakan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN...ku susun sepuluh jari andai ada terkasar bahasa mahupun tindak tanduk ku yang menyebabkan orang menyampah ngan aku selama nie...seperti kata Pengarah Kampus time lecture semalam "0-0 ya....tapi pas raya kita main lagi.."haha~ sedih jua ku pohon kemaafan kepada Bulan Ramadhan, apa kan ku bersua denganmu lagi kerana tidak dapat ku begitu manfaatkan mu pada tahun ini....ku manusia yang tidak pernah lari dari kesilapan...

p/s to my classmate dan seluruh warga UiTM khususnya..moga kita dapat terus cuba mencapai apa yang kita impikan...UiTM sentiasa dihatiku~

1 comments:

Post a Comment