Wednesday, February 2, 2011

Big Day si "Mentor"....

1 comments
Selang sehari hari Lahir super wira ku @ Daddy..kini tiba pula best day si "Mentor"...haha itu gelaran yang ku COP kepada orang yang telah banyak mengajar aku...

Tak sangka racun Laila berkesan untuk menarik perhatian si Mentor dan Abang Zul untuk turut serta dalam aktiviti cuti Mid Term ini...hahaha~

Pengalaman membawa kereta ke Bandar buat pertama kali (maklumlah P kan baru...) membuat aku sedikit berdebar-debar sambil ditertawa oleh En Kaffali dan Abang Zul dek kereta yang ku pandu ibarat menunggang unta di padang pasir...

WINDBELL RESTAURANT, TANJUNG ARU merupakan lokasi pertama yang sudah dirancang~ seronok sebab ini kali kedua aku pergi ke sini...semuanya dengan orang-orang yang rapat denganku..tak sabar untuk kali yang ketiga..kali ketiga harus ada dia....hihi~

Lokasi kedua pula Perdana Park...dah penuh perut nie...tak sangka pula makan tak sedar waktu..rupanya tiga jam lebih kat dalam restoran! hahahahaha...harapan punah untuk melihat pancur air yang kununnya mengikut melodi!!! takpa lain kali pasti ku jengah jua....

Perjalanan diteruskan jua...haha, lucu pabila laila ber-teks dengan abang zul kemana lagi tempat yang seterusnya...SINSURAN! namun kelibat polis trafik dan jalan yang banyak ditutup...membuatkan aku sedikit panik!!! hahaha....syukur boleh rupanya; sambil berpusing-pusing mencari parking.....moment bersama laila mencari parking di Gaya Street adalah moment paling lucu sekali!

kiranya gambar dibawah ini boleh meneruskan penceritaanku...kerna penat dah menaip..kukira cukup sudah...biarlah yang lain itu kekal didalam ingatan masing-masing~














1 comments:

  • February 3, 2011 at 1:46 PM

    Salam. Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari mereka yang menceriakan my big day pada tahun ini.

    Tiada kata yang lebih bermakna melainkan Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat kalian.

    Satu moment yang kini menjadi sebahagian lagi ceritera dalam hidup kita semua...hehehe.

    InsaAllah ada masa kita akan pegi lagi ke sana untuk makan²...he3x.

    Salam Penghargaan buat kalian.

Post a Comment