Friday, December 2, 2011

Me , Them and Bukit Harapan..Hijrah ku~ Part 1

0 comments

Salam buat semua..sudah lama tidak menulis..neway it's really shock when there's a reader that blog-walking in my blog a put their regards in the shoutbox..Neway thanks..anyway you can put you blog link also, I'll be follow you! heheehe..

Apa yang membuatkan saya mula menulis adalah untuk memberikan anda satu pengalaman yang menarik, buat saya dan mungkin untuk anda juga~

kini saya sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah..what a relief! Alhamdulillah..life goes on orang putih bilang~ I'm gonna be a story teller this time..ianya berkaitan dengan azam Hijrah saya... Ianya bermula pada 22hb November di Kelas Arab saya...

Lecturer bahasa yang mengajar adalah Ustaz arsyad..

orang yang begitu disegani di IPTA tempat saya menuntut..membuka banyak sekolah persendirian yang memberikan saya ilham tentang kesungguhan beliau dalam memberikan ilmu kepada mereka yang memerlukan terutama ilmu agama..

.beliau begitu asyik menceritakan kerisauan beliau terhadap masa depan anak-anak di masa akan datang~ oleh itu, beliau mengambil keputusan untuk membuka sekolah persendirian yang kini sudah 3 buah sekolah di Sabah..Alhamdulillah peratusan kelulusan mencapai 90% mengikut standard Majlis Peperiksaan... Saya tersentuh dengan usaha beliau..

Kemudian beliau bercerita mengenai sebuah rumah kebajikan... BUKIT HARAPAN... terus terang...saya mulal mengambil perhatian mengenainya..Ustaz mula bercerita..

"Kamu mahu ka pergi ke Bukit Harapan, ajar budak-budak disana mengaji..ajar mereka sembahyang..selawat..Al-Fatihah..."
semua mula mengangguk.."InsyaAllah Ustaz..diaman itu Ustaz?"

tapi Ustaz enggan memberitahu..beliau kata.. " Nak tahu kena pergilah.."

saya juga ingin pergi..tetapi saya agak malu dengan Ilmu saya dalam bab-bab Agama... ibarat sebutir pasir di persisiran pantai..namun Ustaz menegur..
"Kita ke sana menolong saudara kita..bukan yang rumit sangat pun..Ajar yang asas sahaja.. Al-Fatihah, Selawat, Mengaji....kesian mereka..bukan kanak-kanak sahaja, tetapi dalam lingkungan 3o keatas pun ada~"
ia benar-benar membuka hati saya!
saya tahu ada diantara mereka yang kehilangan upaya (OKU), ada yang Slow Learner, ada yang terbiar.. tapi semangat mereka menginginkan ilmu itu..Hanya Allah sahaja yang tahu~
Ustaz pun mencelah.. " Siapa yang nak pergi, datang depan rumah saya hari Ahad nie jam 8 pagi.." dia tidak ingin bagitahu dimana tempat itu, kami kena pergi dahulu...

tapi adakah saya mampu? Semoga ianya akan terjawab~