Wednesday, February 2, 2011

Big Day si "Mentor"....

1 comments
Selang sehari hari Lahir super wira ku @ Daddy..kini tiba pula best day si "Mentor"...haha itu gelaran yang ku COP kepada orang yang telah banyak mengajar aku...

Tak sangka racun Laila berkesan untuk menarik perhatian si Mentor dan Abang Zul untuk turut serta dalam aktiviti cuti Mid Term ini...hahaha~

Pengalaman membawa kereta ke Bandar buat pertama kali (maklumlah P kan baru...) membuat aku sedikit berdebar-debar sambil ditertawa oleh En Kaffali dan Abang Zul dek kereta yang ku pandu ibarat menunggang unta di padang pasir...

WINDBELL RESTAURANT, TANJUNG ARU merupakan lokasi pertama yang sudah dirancang~ seronok sebab ini kali kedua aku pergi ke sini...semuanya dengan orang-orang yang rapat denganku..tak sabar untuk kali yang ketiga..kali ketiga harus ada dia....hihi~

Lokasi kedua pula Perdana Park...dah penuh perut nie...tak sangka pula makan tak sedar waktu..rupanya tiga jam lebih kat dalam restoran! hahahahaha...harapan punah untuk melihat pancur air yang kununnya mengikut melodi!!! takpa lain kali pasti ku jengah jua....

Perjalanan diteruskan jua...haha, lucu pabila laila ber-teks dengan abang zul kemana lagi tempat yang seterusnya...SINSURAN! namun kelibat polis trafik dan jalan yang banyak ditutup...membuatkan aku sedikit panik!!! hahaha....syukur boleh rupanya; sambil berpusing-pusing mencari parking.....moment bersama laila mencari parking di Gaya Street adalah moment paling lucu sekali!

kiranya gambar dibawah ini boleh meneruskan penceritaanku...kerna penat dah menaip..kukira cukup sudah...biarlah yang lain itu kekal didalam ingatan masing-masing~














Pulau owh Pulau....

0 comments
hehe...gambar kat atas nie time kami kat jeti...
yang gambar kami berempat nie time nak pulang dah nie.....bru nak pergi gmbr dkt jeti Pulau Mamutik....hahaha
antara moment menunggu boni dan pijul pergi beli air mineral...
sempat jua bergamabr w'pun dah kena marah....haha,sori kami bayar jua kan~
nah ini pula dapat ambil gamber berlima, bab ada pelancong korea tawarkan diri nak tolong ambil gmbr~


Kisah aku, boni, sapel, pijul dan ronald...setelah merancang trip yang asyik2 tertangguh sejak kami berada di tahun kedua pengajian itu akhirnya TERTUNAI apabila PULAU MAMUTIK menjadi destinasi | ketenangan buatku.... | 29hb - 30 hb januari merupakan tarikh keramat...biarpun cuma kami berlima yang berjaya + siti nasuha dan norlela yang turut serta tetapi pulang balik....hehe~

seronok kerana bayaran untuk student itu amatlah berbaloi bila cukai jeti rm 3.60 aja, rm 17.00 seorng pulang balik rm 3.00 tuk cukai kat pulau dan rm 5.00 tuk sewa tapak khemah...kira ber baloi la kan orang bilang~

seronok sangat sebab mandi kat laut tue berjam-jam..haha, bila lapar naik lagi untuk memasak...seronok sangat~

Apa yang ku dapat selain percutian yang menggembirakan?

aku dapat KETENANGAN yang sudah lama ku cari~
fikirankan ku jauh melayang meninggalkan masalah organisasi, masalah peribadi dan pelbagai masalah yang bagiku agak remeh untuk ku perjelaskan~ hahaha...seperti kata seseorang yang bagiku agak mendalam dan kutafsirkan mengikut apa yang ku fikirkan.. "jangan runtuhkan jambatan emas yang sudah lama terbina..." betul jua, jadi aku memutuskan untuk mendiamkan diri~ mengikut nasihat yang diberikan~ lebih baik menjadi pemerhati dalam tindakan mereka...bunyi desiran ombak dan gelak ketawa rakan-rakan berjaya membuat aku lebih optimis untuk terus berada dalam dunia sepiku ini, biarpun bersifat sementara~ namun ia berbaloi buatku.... jauh daripada segalanya....

SubhanaAllah!!!! aku dapat melihat KEINDAHAN ciptaan Yang MAHA ESA~ ALLAHUAKBAR!! betapa cantiknya ciptaan-NYA tetapi kita belum berpeluang untuk mensyukuri nikmat yang diberikan.... melihat ikan yang bagiku agak peramah dengan manusia, berbagai-bagai jenis..melihat warna laut yang kadangkala hijau, biru...bagaimana Allah mewarnakan dunia ini? begitu kagum saya sebagai hamba-NYA untuk melihat semua itu dari kacamataku sendiri...

Pulau itu mengajar aku untuk terus tabah...banyak yang pulau ajarkan kepadaku...tanpa pokok, tanpa tanah, tanpa haiwan didalamnya..tanpa jiranku laut, tanpa si batu karang,tanpa si ikan-ikan, tanpa batu dan pasir, tanpa alunan muzik serangga dan alunan melodi si ombak..maka siapalah aku~
Hidup mengajar kita.... untuk terus matang~ maka begitu juga manusia.... aku juga sedang belajar kearah itu...bukan ku mahu jadi sempurna, tetapi memadai jika aku berada disamping kamu... untuk menggembirakan kamu...kadangkala aku menyakiti kamu..maka maafkanlah aku~