Saturday, November 6, 2010

Aku Tidak Mampu lagi- DUNIA

0 comments
"Aku tidak mampu lagi''....keluhan itu dapat ku tafsirkan melalui apa yang kulihat setiap hari....dari kaca tv, dari laman sesawang....

INDONESIA dengan Gempa Bumi, Tsunami & Letupan G.Berapi + Demo REFORMASI.

THAI pula dengan Banjir + Demo Baju Kuning VS Baju Merah & Isu Selatan Thai.

FILIPINA disambar Taufan + MILF....

Perlis ditenggelami Banjir....


ini merupakan sebahagian yang "update" setakat ini...yang ku ambil sipi-sipi dari negara kita yang tercinta....Banjir kali ini di Perlis menyaksikan catuan makanan...jarang berlaku~
Bumi ciptaan Allah itu tidak mampu melihat dirinya dimusnahkan manusia, memang benar apabila bencana dan malapetaka itu dari-NYA sebagai ujian....
Namun apa kita tidak menyedari bahawa kezaliman ke atas bumi itu semuanya dari kita...
Bumi didatangkan bencana itu untuk membersihkan kotoran yang dipelopori oleh manusia....

mungkin video ini dapat membongkar mentaliti kita....lagu ini..puitis dan mempunyai mesej yang dalam...coba dihayati sedalamnya...biar kita alpa, namun tidak terlambat untuk menyedari apa yang terjadi...
dunia itu menangis...
dunia itu menderita...
dunia itu teriak...
agar kita dengar bahawa...
"hentikan!....cukuplah~"
karna aku tidak mampu lagi.....

Friday, November 5, 2010

Tan Sri SM Salim - Tak Seindah Wajah

0 comments


Kusangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir

Kukira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Kukira puji seikhlas budi
Kulupa lidah tidak bertulang

Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban

Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda

mulai meminati lagu-lagu puitis,klasik selepas bertandang ke blog seseorang...yang pasti inilah budaya kita menyampaikan maksud dengan cara yang terbaik, asal terasa diujung lidah masinnya..maka cukuplah rasanya....mengajar kita apa itu KEHIDUPAN sebenar~

hayatilah.....



Thursday, November 4, 2010

Aku Pasrah...

0 comments

mungkin ada yang melihat akan luahan ku, tentang aku dan mereka...namun dia berjaya membuka mataku bahawa manusia itu adalah misteri....diciptakan oleh-NYA untuk tidak lain dan tidak bukan mencari keredhaan-NYA, kita manusia tidak mungkin boleh menilai seseorang atas tindak tanduknya... mungkin benar pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi, itu sudah pasti~

terima kasih ku ucapkan buat dia, kerana dia menyedarkan akan satu perkara yang ku terlepas pandang... bahawa memaafkan itu yang terbaik, lupakan dan biarkan dia terus mengikut arusnya? mungkin itu tidak dapat ku lakukan~ memaafkan serta melupakan adalah perkara yang kubuat setiap hari, tetapi untuk membiarkan mereka terlupa akan amanah itu, membuatkan aku takut jika mereka terlupa, jalan itu bukan aku yang tentukan, akan tetapi sedarilah bahawa jalan itu kita yang pilih, tidak dipaksa dan ia merupakan peluang apabila orang lain melihat kita punya sesuatu untuk dikembangkan dan risikonya, kita memegang sesuatu yang dipanggil AMANAH; berat perkataan itu dapat kugambarkan...

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya:

"Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya."
Riwayat Muslim

mungkin mereka tidak tahu hatiku ini cuma umpama air yang panas jika dibiarkan maka sejuk la ia; kadangkala hatiku memberontak..mengapa manusia yang merasakan diri mereka itu matang tetapi masih tidak tahu akan apa yang dipertanggungjawaban?

cukuplah... penat aku menutup sebelah mata.... cukuplah aku sudah penat menyembunyikan ia disegenap tulang belulangku...rasanya kini aku mampu dan kuat, terima kasih kepada mereka..mungkin inilah hikmahnya~ yang kutahu, mereka membuatkan aku lebih kuat untuk berdiri sendiri...

AKU PASRAH.....sememangnya agar sukar untuk membentuk manusia itu keluar dari dirinya, setiap manusia punya egonya yang tersendiri, merasakan diri mereka itu betul, merasakan apa yang diperkatakan itu betul,merasakan apa yang dibuat itu betul...aku juga seperti itu...kita tidak dapat lari dari semua itu...

AKU PASRAH.....kini ku akan bersama mereka dengan "diriku sendiri", tiada batas, tiada topeng, tiada tembok..lebih terbuka dan lebih optimistik..positif kerana jika mereka inginkan perubahan maka mereka akan bertindak untuk kearah itu.....akan ku pegang erat tangannya untuk dia turut berubah...jika tidak, Mungkin belum masanya untuk dia berubah...aku doakan yang terbaik...setiap dari mereka, Maafkan aku, seperti kamu, aku jua manusia lemah, tidak mungkin lepas dari kesilapan...tidak mungkin ku malu untuk memohon kemaafan...kerana di mata-NYA ku cuma insan yang lemah dan hina, memohon kepada-NYA agar terus tunjukkan akanku Jalan-MU yang lurus...

AKU PASRAH....kerana bukan aku dan meraka yang patut berubah tetapi KITA yang masih lagi terus memperbaiki diri, meneruskan kehidupan yang penuh dengan teka teki....semoga kita selamat bersama-sama menempuh apa yang mendatang..yang pasti jalan kita selepas ini bukan mudah...kerana OMBAK BESAR bakal melanda...semoga kita persiapkan diri untuk menempuh dugaan-NYA...

AKU PASRAH....

Monday, November 1, 2010

AKU DAN MEREKA...

0 comments
Jam menunjukkan sudah larut malam, selepas saja ku bertelefon dengan si dia~ ucapan selamat malam dan doa ku sertakan agar dia tenang untuk menjawab...

tiba-tiba ku terpanggil untuk menulis sesuatu...tentang mereka, kini mereka ku kenali hampir dua semester....banyak yang dilalui~ pahit getir...suka duka, gembira, tawa, benci, takut, semua perasaan itu sudah ku jalani bersama mereka...

cuma mereka yang ku sayangi itu mulai jauh~ terasa sebak dihatiku, apa aku akan terus kuat menghadapi cabaran ini pada hari-hari mendatang... mereka yang ku anggap adik, abang, kakak...umpama keluargaku..aku sangat sayang mereka, jauh dibenak hatiku, aku sangat bersyukur dipertemukan mereka...sedih dan gembira aku rasakan buat mereka yang akan meninggalkan kami, tamat pengajian itu yang pasti, InsyaAllah~

hari demi hari ku harap ikatan kekeluargaan itu dapat ku simpul mati, namun setiap keluarga tidak lari dari perselisihan faham..apa mungkin aku dapat pastikan bahawa ikatan itu tidak akan putus, sudah ku cuba untuk memegang tali itu, berdarah tanganku...tapi aku tidak peduli..yang penting dimata mereka ikatan itu masih lagi tersambung kemas dan rapi...

apa mereka memahami? apa aku kuat untuk terus memegang pada tali itu? tiba-tiba orang yang ku tidak sangka cuba untuk menawarkan agar tali itu dapat ku perkuatkan, jauh dilibuk hatiku, aku ikhlas, aku mahu kami kembali seperti dulu....tapi bagaimana? Apakah ia mustahil?