Sunday, October 31, 2010

Segmen senyum kambing: Krinngggg?

1 comments
tak sakit ka telinga ko semalam?
sapa kata tak sakit? ko ingat.....
sedih aku tau...pesal la budak-budak nie, ntah kaya kot, maklumlah duit tuk beli semua tue datang dari siapa?...yang lagi bikin sakit hati pesal dorang pecahkan penggera kecemasan tue time exam...
tak patut..tak patut~
takda dosa buat dosa, yang anehnya...satu aja blok yang dipecahkan..tetiba blok yang tak sepatutnya berlaku benda tue pun boleh kena juga...BLOK tu adalah orang-orang harapan plak tue...sedih kan...
Persoalan? layakkah mereka diberi status itu?

KERANA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA...


GAMBAR DIBAWAH: last2 tak tahan dorang ambil inisiatif atas kepandaian mereka tue, dorang letakkan bunkusan plastik mi sedap tuk hentikan loceng tue dari berbunyi....

GAMBAR NO.2: hah yang nie BLOK Freshie, nasib dia buat papan penahan butang kecemasan(gambar orang bekerja tue) tue terbelah saja, guna selotep untuk sementara waktu...nasib ok juga~

GAMBAR NO.3: ni la rupa dia kalau butang tue dah ditekan...dari gambar orang bekerja kepada titik hitam.....

GAMBAR NO.4: ni lagi hebat, tak tahan dia pegi hempas, ingat ko hempas..terus benda tue boleh buat yang lain pun berhenti...

GAMBAR NO.5: ni la BLOK KEUTAMAAN..ditumbuk sehingga pecah~ tak dapat diselamatkan..

ALAHAI NASIB SI FIRE ALARM YANG TIDAK BERDOSA, YANG PASTI IA KINI MASIH LAGI BERDERING, CUMA "DISUMBAT MULUT" NYA AGAR IA TIDAK TERIAKAN KEBODOHAN MEREKA.

Saturday, October 30, 2010

Segmen senyum kambing: Bas?

0 comments

Makin banyak tau kejadian ngeri terutama bas ekspres...

sedih tau..padahal lengkap dengan pemandu kedua plak tue, baru-baru nie gara-gara hilang kawalan..tak maintainance ka bas tue sebelum jalan? mana tau ada masalah ka....

nak ka pengusaha bas keluar duit?

Segmen senyum kambing: Payung?

0 comments

wah, kebelakangan nie sejak lelaki pindah bawah, banyak plak pakai payung pergi kuliah, pompuan naik bas nie syiokkk dorang....

ler pa kurangnya dorang, nanti jalan kaki juga...

ya ka?

a'ah...rasa-rasa nak jual payunglah, konpom laku punya~


Segmen senyum kambing: jalan raya?

0 comments
Eh pesal jalan kat sana tutup padahal jalan yang dibuka tue belum siap?

owh mungkin bab terlampau manja kan, jadi kasi adventure sikit kot...

dahla jalan tue curam, sampai ada keta hampir takleh naik~

jangan tanya saya, tanya yang buat jalan tue....



Friday, October 29, 2010

0 comments
SAJAK BUAT PEMIMPIN

Jangan jadi pemimpin jika...
Engkau belum bersedia untuk mengetahui apa yang akan ada didepanmu....

Jangan jadi pemimpin jika...
engkau takut risiko akan tergugatnya pengurusan masamu...

Jangan jadi pemimpin jika...
turun padang pun bayangmu jua tidak pernah kelihatan...

Jangan jadi pemimpin jika...
Engkau tidak sanggup mengambil risiko...

Jangan jadi pemimpin jika...
Engkau berdua hati akan tanggungjawabmu...

Jangan jadi pemimpin jika...
Engkau tidak menghargai yang engkau itu dipilih...bukannya semberono, engkau diundi!!!

Jangan jadi pemimpin jika...
engkau umpama tin kosong, berbunyi kuat...tapi suaramu kuat kedengaran untuk memberi sejuta alasan....

Jangan jadi pemimpin jika...
engkau taburkan serbuk mimpi yang membuai manusia tetapi kesudahannya bencana yang engkau berikan....

Jangan Engkau bermimpi untuk jadi seorang pemimpin jika...
niatmu untuk mendongak dagu kelangit...

Jangan jadi pemimpin jika...
tangisan itu tidak dapat kau hentikan...

Jangan jadi pemimpin jika...
suara itu tidak dapat kau dengari, engkau telusuri!!

Jangan jadi pemimpin jika...
Engkau cuma ingin menjadi nila setitik, yang merosakkan susu sebelanga...

Jangan pernah terfikir untuk jadi seorang pemimpin jika...
engkau bermegah dengan sekelilingmu atas asbab namamu tertulis diatas kertas bahawa engkau pemimpin...

Jangan pernah sekali engkau terfikir untuk menjadi pemimpin jika...
ENGKAU TIDAK MENGETAHUI BAHAWA AMANAT YANG KAU PEGANG ITU AKAN DIPERSOALKAN DI KEMUDIAN HARI...

* sajak ini dinukil oleh seorang teman didalam sebuah cermin~



segmen senyum kambing:

0 comments


" menjahanamkan itu adalah perkataan yang sungguh jahat"

"Ya ka? kalau saya tak kisah pun...."

"kenapa?"

"Sabar, Senyum, dan Positif"


Exam datang lagi......+ tugas?

0 comments
Berada di tahun ketiga kini mulai menampakkan perubahan yang agak ketara.....exam kali ini tidak seperti final exam sebelum ini..jika difikirkan dulu...final merupakan saat-saat ku bertapa dibilik ataupun revise dengan teman-teman tapi kali ini lain pula~

fikiran tidak berapa center....program selepas final merupakan kebimbangan terbesar, maklumlah program ini akan dibuat diluar~ hanya Tuhan saja yang tahu...syukurlah En. Kaffali banyak cover, kalau tidak....

walau apapun, kufikir itu bukan alasan, selagi mampu dan terdaya akan ku cuba laksanakan~

Kursus kepimpanan kali ini akan disertai 65 orang dan bakal bertempat di KK Adventure Park,Kinarut papar.....dub dab dub dab jantungku~ seperti ada yang belum beres....tapi ku letak tepi dahulu, bukan apa nak fokus dahulu dengan paper yang bakal mendatang~

Paper pertama selamat kujalani...paper LAW, Alhamdulillah tidak ada juga ku keluar dengan muka yang mekong~ sempat lagi saat-saat terakhir itu ku hantar SMS kepada dadi dan mami ku...."Salam, ari ni paper LAW, Doakan saya....." lalu dadi membalas "dadi sentiasa mendoakan"...sejuk hatiku untuk masuk ke dalam dewan~

Paper seterusnya pada hari Ahad nie (31 / Oktober / 2010); ETR ataupun entrepreneurship subject...wish me Luck!


Thursday, October 14, 2010

Sambutan Raya JPK 2010

0 comments


Kali ini JPK dengan kerjasama PPP, Jawatankuasa Kolej dan Jawatankuasa Pusat Islam(SAHABAT) pada 3 oktober mengukir senyuman apabila berjaya membuat Majlis Rumah terbuka Aidilfitri Kolej Kediaman UiTM Sabah.....

Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Ibu Sami, Abang Karim, Kak Ingah, Kak Nai, Kak Hazimah (isteri Abang Karim), Ibu Bongsu..mereka inilah tunjang kepada program kali ini, berhempas pulas tak mengira penat lelah..itulah yang akan ku ingat sampai bila-bila...Mantan Sekretariat yang membuat ku terharu apabila datang bukan kerana jawatan ataupun status tetapi sanggup datang..terima kasih kepada Kak Laila, Atai, Rahmat, Ruslan, Ajam, Kee...tidak lupa siswi yang sukarela datang...dah namanya gotong royong kan....terima kasih Diana dan kawannya, kawan Atai....

Istimewa buat SAHABAT, jasa anda tidak akan kami lupa....dari memotong hingga la selesai Majlis..masih setia bersama.....

rasanya jika ada yang tidak tersebut...membantu secara langsung atau tidak langsung..jutaan terima kasih buat anda semua...Komentar yang didengar tidak sedikitpun melemahkan semangat akan tetapi menyebabkan kami berkobar-kobar untuk membuat yang lebih baik lagi...

Rasanya cukup dengan kata-kata Ayahanda Pengarah Kampus "Unik", "Mengimbau kenangan 27 tahun yang lalu"....sudah cukup untuk ku bernafas dengan tenang.....

Juadah yang disediakan itu semuanya dari air tangan kami...tanda terima kasih dan tidak ingin melupakan amanat yang kami pegang apabila siswa dan siswi mengundi kami ketika Pilihan raya suatu ketika dahulu...

Jika berkesempatan akan ada lagi...hehe~